CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekurang-kurangnya 48 Terbunuh Dalam Serangan Militan Di Akademi Polis Pakistan

25-10-2016 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2615| Komen: 4

Description: Sebuah pusat latihan polis di Quetta diserang tiga anggota militan yang lengkap dengan vest sarat letupan dan dilihat memasuki perkarangan akademi terbabit.


sumber foto: http://www.reuters.com/


Pakistan menjadi sasaran serangan militan lewat malam tadi.

Sebuah pusat latihan polis di Quetta diserang tiga anggota militan yang lengkap dengan vest sarat letupan dan dilihat memasuki perkarangan akademi terbabit.

Menurut Menteri Dalam Negeri Pakistan, Sarfaraz Bugti yang ditemui di lokasi serangan,  penyerang menjadikan menara pengawasan sebagai sasaran pertama sebelum menyerbu bangunan utama.

Menurut laporan Reuters, sekurang-kurangnya 48 terbunuh manakala 118 yang lain cedera dalam kejadian tersebut.

Berdasarkan laporan pihak polis, enam penyerang memasuki bangunan pusat itu dan mula menembak rambang di pusat berkenaan dan penyerang juga dipercayai menahan tebusan.


Laporan oleh Kementerian Kesihatan negara itu berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh terdiri daripada pelatih pusat berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini dua daripada anggota militan telah berjaya ditembak mati dalam operasi menyelamat yang turut disertai tentera Pakistan.

Ini adalah kematian ketiga paling tinggi dalam insiden membabitkan serangan militan di negara itu tahun ini.- CARI

sumber foto: http://www.reuters.com/
sumber foto: http://www.reuters.com/
sumber foto: http://www.samaa.tv/
sumber foto: http://www.samaa.tv/


24

Bagus
25

Marah
25

Terkejut
23

Sedih
34

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 25-10-2016 10:09 AM
Sian hadek polis tangki jus soya pakistanis
Quote kentel 25-10-2016 10:11 AM
Bedah.Cun replied at 25-10-2016 10:09 AM
Sian hadek polis tangki jus soya pakistanis

birah nya kak bed
Quote pyropura 25-10-2016 10:55 AM
... bila dengor org Paki bercakap, semuanya best in the world
Quote Bedah.Cun 25-10-2016 10:58 AM
pyropura replied at 24-10-2016 02:55 PM
... bila dengor org Paki bercakap, semuanya best in the world

Nanti deyouls apom pon best in the world hummpppp.... hummpppp.... hummppp depan belakang uols

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.053038 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top