CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Had Laju Jalan Persekutuan Dan Negeri Di Turunkan Kepada 80km/J Mulai Hari Ini

1-8-2013 02:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4338| Komen: 25

Description: Kuala Lumpur: Had Laju Bagi Jalan Persekutuan Dan Negeri Di Seluruh Negara Diturunkan Sebanyak 10 Kilometer Sejam (Km/J) Bersempena Ops Selamat 3 Yang Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini Hingga 18 Ogos Depan ...
Kuala Lumpur: Had laju bagi Jalan Persekutuan dan negeri di seluruh negara diturunkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) bersempena Ops Selamat 3 yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 18 Ogos depan. 


Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya sudah menetapkan had laju maksimum sepanjang tempoh terbabit bagi Jalan Persekutuan dan jalan negeri adalah 80 km/j. 
“Pewartaan pengurangan had laju sementara ini adalah langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan yang kerap kali berlaku pada musim perayaan. 

“Selain itu, kami bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi langkah-langkah awal program pemantauan jalan raya,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama pelajar Sarawak di Semenanjung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, beliau berkata antara langkah awal diambil kementeriannya itu termasuk penyelenggaraan jalan raya, pemberhentian kerja penyelenggaraan dan pembinaan dalam rizab jalan, penubuhan pasukan peronda serta penyelarasan pengurusan lalu lintas di setiap daerah.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote neotoxin 1-8-2013 07:10 AM
Aku punya route balik kampung taun ni jalan persekutuan. Ikut hiway buat sakit hati je.. bayar tol tapi jem
Quote ninja boy 1-8-2013 07:28 AM
mana2 jalan jem boleh jadi 30-50km/h
Quote Al-Patih 1-8-2013 07:28 AM
ini ada lah untuk mengelakkan dan mengurangkan geseran tayar ...yang menyumbang kerosakkan jalanraya...
Quote munchkin 1-8-2013 07:38 AM
bagus. sokong
Quote hainina 1-8-2013 07:52 AM
alah xleh merempit dah la..
Quote Innrukia 1-8-2013 07:55 AM
ada gak lanun jalan raya yg xkan patuh & confirm menyusahkan org len
Quote ular_macho 1-8-2013 07:55 AM
drive dengan sopan-santun ler jawabnya...hehe
Quote gaara_X 1-8-2013 07:57 AM
zaman skang....balik kg mana tak de jammed...lain laa ko kija sebelah je ngan opis umah n kampung.....ahaks!!
Quote gekkou 1-8-2013 07:58 AM
turun had laju tu bagus
masalah jammed tu satu
dah la jammed..ada jugak mangkuk hayun guna lorong kecemasan
Quote benzo33 1-8-2013 08:00 AM
Agak2 bila org mula balik kmpung? rasanya sabtu ni highway dah sesak lum?
Quote ais_kosong 1-8-2013 08:07 AM
ala.. lambat la sampai lagu nih!!!
Quote syabee 1-8-2013 08:17 AM
50km/j pun lom tentu cecah klu nak blk ke utaraaaa...
Quote mybluegetz 1-8-2013 08:23 AM
patut buat had laju minimum 60km/j

klu ade kete yg gerak mcm kura2 dan halang kete lain dgn bwk 40km/j kena saman. Lagi2 jalan satu lane sahaja.
Quote shakirajefrydin 1-8-2013 08:27 AM
only for jalan persekutuan and negeri kan? kat highway suka hati u all lah.. tp jaga2, byk p.traffic dan speed-trap yg menunggu..
Quote coconico 1-8-2013 08:28 AM
mak aih..... 80km/j max? bila nak smp destinasi camni?
Quote shiro82 1-8-2013 08:33 AM
time balik kampung jalan ttp jem nk cecah 80km sejam pun susah......tambah2 karak,dah la naik bukit turun bukit belok kiri kanan naik mabuk sbb duk brek2.......paling best yg cerdik pandai potong line kecemasan.
Quote tipuware 1-8-2013 08:39 AM
sepanjang ops ni aje kan.. bawa aje la perlahan2 kalau taknak bayar saman.
Quote cikatilia 1-8-2013 08:50 AM
ninja boy posted on 1-8-2013 07:28 AM
mana2 jalan jem boleh jadi 30-50km/h

worst yg jauh.. mcm penang, kedah, kelantan, ganu..
berbelas2 jam


Quote sue_0684 1-8-2013 09:55 AM
alamak..maunya aku balik kg ni smpai 9 jam journey...aduh.....
tp kalo slow2 mcm ni mesti ada malaun potong queueu punya bila jemm...ceitt..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.074115 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top