CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Barang Busuk

1-8-2013 01:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2203| Komen: 5

Description: Ayer Keroh - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Mengambil Tindakan Sita Terhadap 1,989 Jenis Barangan Membabitkan Sejumlah Rm15,005 Ketika Operasi Khas Sempena Aidilfitri. Buah Yang Sudah Busuk Teta ...
AYER KEROH - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengambil tindakan sita terhadap 1,989 jenis barangan membabitkan sejumlah RM15,005 ketika operasi khas sempena Aidilfitri.


Buah yang sudah busuk tetapi masih dijual di sebuah pasar raya ketika operasi dijalankan semalam.

Operasi bermula 22 Julai dan berakhir semalam dijalankan serentak di ketiga-tiga daerah di negeri ini membabitkan pemeriksaan di pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan pasar.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Ismail Ali berkata, antara kesalahan yang sering dilakukan adalah menjual makanan telah luput tarikh serta makanan tin kemek atau berkarat.

Menurutnya, tindakan turut diambil terhadap makanan tidak mempunyai label sehingga menimbulkan keraguan, serta kegagalan menyatakan nama dan alamat pengimport bagi barangan diimport.

“Operasi ini dijalankan bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan menjual barangan tidak elok kepada pengguna terutama semasa orang ramai berpusu-pusu membeli barangan sebagai persiapan hari raya.

“Pada masa sama, ia melindungi pengguna dari kemudaratan kesihatan serta penipuan," katanya ketika turut serta bersama anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menjalankan pemeriksaan di dua pasar raya terkemuka di Peringgit.

Sementara itu, Ismail berkata, sehingga tujuh bulan pertama tahun ini, sebanyak 3,976 barangan telah disita membabitkan nilai RM30,930 kerana menyalahi Akta Makanan 1983.

Manakala, operasi di bazar Ramadan pula menyaksikan empat gerai diarah tutup kerana gagal mematuhi peratuhan ditetapkan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nora_balqis 1-8-2013 12:10 PM
kat pasar malam banyak gak macam nie, buah dah hitam2 pun masih jual lagi. dia letak harga murah skit la
Quote pakwetizzaqyah 1-8-2013 12:17 PM
ingtkan jual bantal busuk
Quote PostBanhammer 1-8-2013 12:18 PM
Tah tau busuk yang kau pegi beli gak nape ngok?
Quote syasyafina 1-8-2013 12:36 PM
ada yg bungkus tu die letak terselindung, sorok2 di sebalik buah yg segar.. mane2 yg amek nk cepat tu, terkena laa.. ak pn pernah kene buah epal.. sampai ke tengah busuknye..
Quote cikmi 1-8-2013 12:37 PM
byk kali jumpa kat jusco, giant...make sure tgk dulu sblm beli

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.105681 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top