CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kim Rae Won Terharu Dapat Sambutan Luar Biasa Peminat Di Malaysia

12-10-2016 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5605| Komen: 11

Description: Kim Rae Won, siapalah yang tak kenal namanya. Orangnya berkarisma dan disegani.


Kredit foto - pahe.simpleaja.com


Kim Rae Won, siapalah yang tak kenal namanya. Orangnya berkarisma dan disegani. Telah memulakan karier sebagai seorang pelakon sejak tahun 1997 lagi, beliau telah merangkul pelbagai anugerah sepanjang penglibatan beliau dalam industri. Antara karya hebat Kim Rae Won yang sekaligus telah melonjakkan namanya adalah My Lile Bride, Love Story In Harvard, Which Star Are You From, Punch dan yang terbaru doktors. Kim Rae Won juga pernah dicalonkan sebagai Best Actor dalam CARI K Drama Awards 2015 menerusi drama Punch. Untuk makluman, Cari KDrama Awards dikelolakan oleh Kelab Pengkritik dan Peminat Korea (KMania) hasil kerjasama dengan CARI.


Sejajar dengan kejayaan drama doktors, disaluran ONE HD lakonan hebat Kim Rae Won dan Park Shin Hye, saluran hiburan nombor satu Korea itu telah menerbangkan khas pelakon utama doktors yang lebih sinonim dengan karakter beliau Dr Hong Hong Hong ke Malaysia . Sidang Media : A Date With Kim Rae Won telah diadakan di Double Tree Hilton Kuala Lumpur pada 10.10.2016. Ikuti temubual ringkas bersama bintang Kim RaeWon. Di sebelah petangnya pula bertempat di Centre Court, Pavilion diadakan sesi bertemu peminat dengan Kim Rae Won.

Sebelum memulakan sesi temubual, Kim Rae Won sempat mencuri hati para hadirin dengan memperkenalkan dirinya dalam Bahasa Melayu.Hadir dengan gaya yang serba ringkas, sudah cukup menyerlahkan auranya sebagai seorang bintang yang sangat berbakat. Ini merupakan kali pertama beliau ke Malaysia walaupun jadual beliau dikhabarkan agak padat.


Soalan: Drama doktors mendapat sambutan hangat di Korea dan juga di Asia dan ia juga merupakan drama No. 1 Korea di Asia. Apakah perasaan anda terhadap sambutan ini?

Saya amat menghargai sokongan penonton semua. Saya tidak menjangkakan drama ini akan mendapat sambutan yang hangat. Ketika kali pertama saya mendapat tawaran untuk drama doktors saya sedang menjalani pengambaran filem terbaru saya. Oleh itu, saya betul-betul tidak menyangka drama ini berjaya mendapat sambutan ramai.

Soalan: Apakah pengalaman yang paling berharga sepanjang pengambaran drama doktors?

Berbanding para pelakon yang lain, saya mendapat tawaran drama ini disaat akhir kerana jadual saya terikat dengan pengambaran filem. Oleh yang demikian, saya ࢢdak punya masa yang mencukupi untuk mendalami serta memahami dunia kedoktoran dengan baik. Saya cuba buat sebaik mungkin untuk mendalami karakter Dr. Hong berdasarkan pengalaman saya. Saya tidak pasti samada anda semua masih ingat tentang filem yang pernah saya lakonkan 10 tahun yang lalu iaitu My Lile Bride yang bergenre romantik komedi.Saya membawakan watak seorang guru dalam filem tersebut dan ianya sangat menggamit memori kerana dalam drama doktors juga saya membawakan watak yang sama.

Soalan: Peminat Malaysia sangat menyukai karakter anda sebagai Dr Hong Hong Hong dalam drama doktors. Apakah perbezaan diri anda yang sebenar dengan karakter tersebut?

Dr Hong Hong Hong dan saya sangat berbeza. Karakter tersebut terlalu bagus berbanding diri saya sendiri.

Soalan: Apakah yang menarik pada watak Dr Hong Ji Hong?

Watak Dr Hong Ji Hong sangat berbeza dengan watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Ianya tidak terlalu serius dan berat seperti karakter saya dalam drama yang lain.

Soalan: Lakonan anda bersama dengan Park Shin Hye sangat natural. Apakah rahsia anda berdua?

Park Shin Hye memiliki personaliti yang sangat menarik dan hebat. Beliau berjaya menjiwai watak yang diberi dengan baik. Beliau juga merupakan junior saya ketika di universiti dan kami mengambil jurusan yang sama. Disebabkan itu kami dapat bekerjasama dengan baik.

Soalan: Anda seringkali mendapat komen di atas setiap karakter yang telah ada jayakan. Apakah komen yang paling berharga telah diberikan kepada anda?

Apa yang saya dapat tahu, mereka mengatakan saya nampak seperti seorang doktor yang sebenar. Ianya sangat menggembirakan saya. Antara komen lain yang menyentuh hati saya adalah betapa bahagia dan bertuahnya mereka di dalam generasi ini kerana dapat menikmati sendiri aksi lakonan saya.

Soalan: Anda telah membawakan pelbagai karakter. Jika diberi peluang apakah watak yang ingin anda bawakan selepas ini?

Tiada watak yang spesifik yang saya fikirkan. Tetapi bergantung pada keadaan. Jika saya mendapat pelbagai jenis skrip, saya akan membacanya dan akan memilih skrip yang berjaya membaca fikiran saya. Saya tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk tapi saya suka untuk mencuba. Selain itu, saya juga belum berpeluang untuk membawakan karakter bersejarah (sageuk)dan berhasrat untuk mencubanya.

Soalan: Watak yang mana anda lebih suka , watak hero yang romantik ataupun watak hero dalam siri aksi?

Yang pasti ia agak mudah untuk membawa watak hero romantik berbanding hero siri aksi kerana ianya sangat mencabar. Projek terbaru saya adalah menghasilkan dua buah filem yang mana keduanya akan ditayangkan samada hujung tahun ini atau Januari 2017. Kedua-dua filem tersebut bertemakan aksi dan ianya sangat mencabar. Saya tidak pasti anda suka saya dalam filem aksi kerana sekarang anda sangat meminati drama doktors.

Soalan: Dengan kejayaan yang diraih drama doktor, adakah anda bersedia untuk menerima merima lagi tawaran drama yang berkisarkan romantik komedi?

Saya pasti akan kembali lagi dengan drama yang berkisarkan romanyik komedi. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan peminat saya di Malaysia selepas kerana anda telah banyak menyokong saya dalam drama doktors ini.

Sebelum mengakhiri sesi temubual, Kim Rae Won berharap dapat mencipta memori bersama peminat di Malaysia sebelum kembali ke Korea. Beliau juga berharap untuk kembali lagi ke Malaysia jika peminat-peminat beliau di sini menginginkan kehadirannya.


FAN MEETING DI CENTRE COURT, PAVILION

Untuk sesi fanmeeting di Centre Court Pavilion, peminat-peminat setia Kim Rae Won telahpun menunggu kehadiran beliau seawal jam 10 pagi. Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu secara dekat dengan bintang pujaan mereka.

Penampilan pertama secara terbuka Kim Rae Won ke Kuala Lumpur telah berjaya menarik lebih 5,000 peminat dari seluruh pelusuk tanah air. Kehadiran beliau ke Malaysia adalah susulan daripada sambutan hangat peminat terhadap drama doktors yang mendapat raࢢng yang tertinggi di Asia.

Sebaik sahaja Kim Rae Won muncul di atas pentas, keadaan menjadi riuh rendah dengan suara serta teriakan dari peminat-peminat beliau. Tampil dengan suit yang ringkas beliau memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang majlis berlangsung. Senyuman yang manis tidak lekang dari bibir beliau.

Satu soalan yang menarik ketika majlis berlangsung adalah siapalah Kim Rae Won jika beliau bukanlah ditakdirkan menjadi seorang pelakon. Beliau mengatakan beliau akan menceburkan diri dalam instrument muzik dan akan membuat persembahan muzik. Suara teriakan peminat tidak pernah suram sepanjang majlis berlangsung selain mendengar cerita yang dikongsi oleh Kim Rae Won berkenaan pengalaman beliau semasa pengambaran drama doktors dan juga berkenaan projek akan datang.

Enam peminat bertuah juga telah dipilih dan dijemput ke atas pentas untuk melakonkan semula beberapa adegan yang paling mencuri tumpuan daripada drama doktors termasuk babak romantis di mana Kim Rae Won dan Park shin Hye menari kegembiraan didalam hujan. Tanpa segan-silu, peserta-peserta menyahut cabaran itu dengan penuh kesungguhan lalu mencuit hati semua yang hadir termasuk Kim Rae Won sendiru tersenyum lebar, dengan gelagat masing-masing. Majlis petang itu disudahi dengan Kim Rae Won menandatangani poster eksklusif untuk peminat-peminat, sebelum beliau meninggalkan pentas disusuli dengan sorakan dari peminat.

Sebelum beliau meninggalkan Majlis, beliau mengatakan hari ini (10.10.2016) adalah hari yang terbaik dalam hidup beliau dalam tahun 2016 ini. Sesungguhnya beliau sangat terharu dengan sambutan peminat-peminat beliau di Malaysia. Jika diamati ,beliau hampir menitiskan air mata dengan sambutan yang diberikan.

Peminat-peminat Kim Rae Won di Malaysia pasti akan merindui kehadiran beliau lagi. Kami berharapagar Kim Rae Won akan kembali lagi ke Malaysia. Untuk mengubat kerinduan terhadap Dr Hong, One Hd akan menyiarkan semula siri drama doktors bermula pada 30.10.2016 setiap Ahad jam 12.45 tengah hari dengan dua episod ditayangkan berturut-turut. - CARI



13

Bagus
14

Marah
19

Terkejut
21

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 12-10-2016 05:00 PM
Charismatic actor....
Quote meklalala 12-10-2016 09:18 PM
Handsome sangat niiii
Quote rei_fiesya 13-10-2016 08:32 AM
Sangat hensem
Quote hanisbunny 14-10-2016 07:13 AM
so, dh xde video aksi bbnu peluk memeluk kt ats pentas dah??
Quote nzhass79 2-5-2017 09:29 AM
tlg merge dengan thread ni

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D3

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064207 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top