CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rasai Pengalaman Hidup Zaman Primitif di Sweden

12-10-2016 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12542| Komen: 23


Sumber: Wildsweden.com

Sesekali nak berada jauh dari hiruk pikuk kota, apa kata kita pergi ke sebuah tempat pelancongan yang pastinya akan membuatkan jiwa dekat dengan alam semulajadi. 

Terletak di Negara Sweden, Kolarbyn Eco-Lodge  menjadi tempat pilihan bagi mereka yang mahu merasakan hidup seperti pada zaman primitif. Nak pergi ke tempat ini cuma memakan masa dua jam menggunakan kereta dari Bandar Stockholm. Ianya berdekatan dengan Skinnskatteberg dan Hutan Bergslagen. 

Sampai sahaja di sini, semuanya hijau dan diselaputi dengan lumpur dan rumput. Buah billberry dan cendawan tumbuh melata di kawasan sekeliling dan yang pastinya tempat ini adalah sesuatu yang sangat unik dan misteri. 

Sumber: Wildsweden.com
Terdapat 12 pondok kecil di tengah-tengah hutan Sweden yang berbentuk seperti kelongsong dan hanya berlantaikan tanah dan rumput. Pondok-pondok di sini sangat tradisional dan mampu memberi cabaran kepada pengunjung kerana tidak banyak kemudahan selesa boleh didapati di sini. 

Tiada kemudahan elektrik, mandi atau apa-apa yang mewah dan semestinya ia sesuai dengan pencinta alam!

Sumber: Wall Street Journal
Bangun pagi dengan menghirup secawan kopi di tepi tasik yang amat cantik serta waktu malamnya amat tenang bertemankan bunyian unggas hutan, unggun api serta melihat bintang-bintang di langit sambil  berselimut kerana cuacanya yang dingin namun tetap mendamaikan.

Berada di sini umpama berada di rumah kerana pengunjung yang akan menyiapkan makanan sendiri, tapi jangan risau kerana segala bahan mentah akan disediakan oleh pihak hotel.

Umpama kembali ke zaman dahulu kala, tempat ini menawarkan sebuah pengalaman yang sangat berharga dan amat sesuai bagi mereka yang suka cabaran. -CARI

16

Bagus
21

Marah
11

Terkejut
24

Sedih
24

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pencariey 12-10-2016 01:02 PM
pakaian jgn mcm primitif jg sudahla..hehehe
Quote Artemesiaa 12-10-2016 01:04 PM
Sesuai yang minat nature
Quote irwansuhadi 12-10-2016 02:46 PM
mau terketar2 bangun pagi...nak cebuk pun air sejuk... oh my!!!
Quote che_kembang 12-10-2016 09:54 PM
bestnye...
Quote dani_5353 12-10-2016 10:05 PM
Huhu...bes jugak nih
Quote DeeHanania 13-10-2016 03:23 PM
Memang bes yer tempat nie,tp gigih nak g toilet memalam,kalo emergency...
Quote kambeng_masam 13-10-2016 09:40 PM
terbako karang pondok tu kalau terjamah dek api lilin.
Quote delisha09 13-10-2016 11:13 PM
mesti seram mlm sunyi bunyi ungas  dan sejuk
Quote mirandanicky1 14-10-2016 08:33 AM
Sesuai yg suka adventure tp takut juga imagine cam cerita wrong turn tu
Quote tombolpintu 14-10-2016 11:07 AM
besnyaa....
Quote -electrifying- 14-10-2016 12:20 PM
tenang kan sis...
Quote hellblazer666 14-10-2016 02:39 PM
cntk sungguh tmpt nye
Quote @pplegreen 17-10-2016 11:31 AM
waktu malam mesti sejuk giler ni
Quote supernaturalee 18-10-2016 03:54 PM
pencariey replied at 12-10-2016 01:02 PM
pakaian jgn mcm primitif jg sudahla..hehehe

tutup guna daun pokok je
minimalis habis
Quote lusianahalim 31-3-2017 07:12 PM
sabung ayam
Quote nora_balqis 4-4-2017 08:56 AM
bestnya tempat nie, trgn nak pergi
Quote cacaumerba 5-5-2017 01:01 PM
teringin pulak nak rs zaman primitif hehe tp skali ada handfon daa

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048486 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top