CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Daya Saing Global 2016-2017, Malaysia Jatuh Ke Tangga 25

28-9-2016 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2574| Komen: 1

Description: Menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017, yang diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) kelmarin, Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi, turun daripada tangga ke-18 tahun lepas.

sumber foto: http://images.says.com/


Menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017, yang diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) kelmarin, Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi, turun daripada tangga ke-18 tahun lepas.

GCR ialah laporan tahunan yang dikeluarkan oleh WEF berdasarkan kepada Indeks Daya Saing Global (GCI) menggabungkan 114 petunjuk yang menyepadukan kedua-dua aspek daya saing ekonomi makro dan mikro.

Petunjuk ini dikumpulkan menjadi 12 tonggak terdiri daripada Institusi, Prasarana, Persekitaran Makroekonomi, Kesihatan dan Pendidikan Utama, Pendidikan Tinggi dan Latihan, Kecekapan Pasaran Barangan, Kecekapan Pasaran Buruh, Pembangunan Pasaran Kewangan, Kesediaan Teknologi, Saiz Pasaran, Kecanggihan Perniagaan dan Inovasi.

GCI itu berdasarkan kepada data perangkaan daripada organisasi dikitiraf antarabangsa bagi 30 peratus atau 34 petunjuk.

Bagi 80 petunjuk selebihnya, penilaian kualitatif itu dibuat berdasarkan Kaji Selidik Pendapat Eksekutif Forum Ekonomi Dunia.

Walaupun kedudukan negara kita menurun, tetapi menurut laporan FMT, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penting untuk diambil perhatian semua negara yang berada di kedudukan di atas Malaysia adalah negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Sebahagian besar punca penurunan kedudukan Malaysia adalah disebabkan faktor luaran di luar kawalan penggubal dasar seperti ketidaktentuan ekonomi global, pengukuhan dolar Amerika Syarikat, kejatuhan harga komoditi serta kelembapan ekonomi China yang di luar jangkauan kita."


Selain itu, Mustapa turut menyatakan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang terus menyebarkan tuduhan tidak berasas juga menjadi punca penurunan kedudukan negara kita. 

Tegasnya, walau bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Republic of Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini tetapi diatasi oleh Belgium, Austria, Luxembourg, Perancis, Australia, Ireland dan Israel.- CARI


Senarai 10 Negara Yang Paling Berdaya Saing Global 2016-2017 : 

1) Switzerland
2) Singapura
3) Amerika Syarikat
4) Belanda
5) Jerman
6) Sweden
7) Britain
8) Jepun 
9) Hong Kong 
10) Finland

28

Bagus
30

Marah
25

Terkejut
16

Sedih
36

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makbedah 28-9-2016 01:52 PM
WOAHH... Amazing! Keep it up! ;)

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.239419 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top