CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Kembalikan Jawatan Inspektor Polis

31-7-2013 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6793| Komen: 29

Description: Putrajaya – Satar Jaafar Mendapat Hadiah Hari Raya Aidilfitri Lebih Awal Hari Ini Apabila Mahkamah Persekutuan Mengekalkan Keputusan Mahkamah Tinggi Muar Mengembalikan Semula Jawatannya Sebagai Inspe ...

Sekadar hiasan


PUTRAJAYA – Satar Jaafar mendapat hadiah Hari Raya Aidilfitri lebih awal hari ini apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan mahkamah tinggi Muar mengembalikan semula jawatannya sebagai inspektor polis. Satar, 42, polis inspektor yang ditamatkan perkhidmatannya bukan sahaja tidak sabar-sabar untuk ke pejabat tetapi juga layak mendapat tunggakan gaji, kenaikan tahunan dan faedah-faedah lain selepas mahkamah menolak permohonan pengerusi lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketua polis negara dan kerajaan.


Satar ketika ditemui berkata sebelum ini ia adalah masa paling getir bagi beliau sekeluarga sejak pemecatannya kerana beliau terpaksa membuat kerja rencam sepanjang masa bagi menyara keluarga.

“Ia adalah hadiah terbaik dalam hidup saya terutama sebelum Hari Raya. Saya tidak sabar-sabar untuk kembali ke pejabat lama di mana saya biasa bekerja sebagai pegawai operasi di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru,” kata Satar.


Pada prosiding hari ini, lima panel diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, dalam keputusan sebulat suara memutuskan tiada sebab bagi mahkamah tertinggi untuk mengganggu keputusan mahkamah rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Muar pada 2011 yang mengembalikan semula jawatan inspektor polis.


Panel hakim itu juga memerintahkan kos RM10,000 kepada Satar dibayar para perayu.


Pada 13 Feb tahun ini, tiga anggota panel Mahkamah Rayuan menolak rayuan para perayu.


Pada 2004, Sattar menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin PDRM yang meminta penjelasan mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya selepas beliau mengaku salah di Mahkamah Syariah Johor Baharu terhadap pertuduhan khalwat.


Sattar, dalam jawapannya antara lain, mendakwa Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ahmad Latifi Yaacob telah menasihatkan beliau agar mengaku salah terhadap pertuduhan di Mahkamah Syariah.


Pada Ogos 2004, Sattar telah digantung tugas namun dalam bulan Mac 2006, beliau menerima surat kedua daripada lembaga disiplin PDRM yang menyatakan dia dipecat daripada pasukan keselamatan itu mengikut peruntukan Peraturan 33(1) dan 38(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002.


Beliau memfailkan tindakan undang-undang terhadap perayu di Mahkamah Tinggi Muar untuk satu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan lembaga disiplin PDRM serta pengembalian kedudukan jawatan tanpa kehilangan pangkat.
Satar diwakili G. Subramaniam, manakala perayu oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol Hassan. – BERNAMA




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roblucci 31-7-2013 03:29 AM
Nuart lepas jadi banduan boleh je masuk politaik
Quote chazey 31-7-2013 03:31 AM
ummah gomen, memang susah nak pecat nok.

be it ko dah merogol meliwat bebudak bawah umur sekalipun, tetap akan stay dalam jawatan.

tak pasti la kalau jenayah bunuh or edar dadah; tapi kalau takat salahlaku seksual, takda apa la.

ramai guru2 masih bebas walau pedopile rogol, liwat anak orang sesuka hati. paling2, tindakan, dipindahkan skolah. pehtu kat sekolah baru buat lagi.

begitulah indahnya keje gomen.
Quote kambeng_masam 31-7-2013 03:55 AM
tak malu ke mamat tuh?
Quote fadzyjemi 31-7-2013 04:25 AM
owhh tau susah eh kene wat keje recam.. sooo pasni nak wat lg x??
xsabar nk masuk keje?? mmg ptt kene hina org camni.. dasar muka x malu.. mengharap hidup dgn gomen..gomen pun samer gak.. masih nak lg org camni bekerja.. byk lg generasi baru yg layak tuk isi kekosongan jawatan tu
Quote sekngucing 31-7-2013 04:27 AM
illusion is the ultimate weapon
Quote d-7-0ne 31-7-2013 04:33 AM
ratus ribu dpt tunggakan gaji/elaun
Quote Al-Patih 31-7-2013 04:49 AM
elok lah tu ...
Quote xanderz 31-7-2013 06:53 AM
chazey posted on 31-7-2013 03:31 AM
ummah gomen, memang susah nak pecat nok.

be it ko dah merogol meliwat bebudak bawah umur sekalipu ...

apa jer yang boleh buat oRang dipecat dari gomen?
Quote cmf_rambutan 31-7-2013 07:38 AM
so apa guna ada lembaga disiplin segala kat gomen nih kalau tak boleh nak buat apa2.... dah bersalah pon takleh pecat sbb katanya disuruh mengaku... bubar jelah lembaga2 nih kalau menghabiskan boreh jah... dan orang2 yg bermasalah camnih plak boleh trus kerja sbb lembaga disiplin takdak kuasa.........
Quote bbalik 31-7-2013 07:41 AM
khalwat xkene pecat tp turun 1 gred....
Quote cruz2 31-7-2013 07:53 AM
Dh tak Ada polis lain yg lebih layak ke utk ganti tempat polis khalwat ni??
Quote nikaido 31-7-2013 08:00 AM
xanderz posted on 31-7-2013 06:53 AM
apa jer yang boleh buat oRang dipecat dari gomen?

satu jenayah yang pasti akan dipecat dr gomen ialah terlibat dgn dadah
Quote jazaa 31-7-2013 08:01 AM
Beraya sakan le dia....
9 tahun punya tungakan gaji.....pasni tak yah lah khalwat....blh terus langgan ayam yg high class....
Quote gaara_X 31-7-2013 08:04 AM
satu pengajaran untuk depa yang lain......
Quote nikaido 31-7-2013 08:07 AM
cruz2 posted on 31-7-2013 07:53 AM
Dh tak Ada polis lain yg lebih layak ke utk ganti tempat polis khalwat ni??

khalwat bukan jenayah. ketua pengarah kesihatan Dr.hasan rilek je kena khalwat gaji still puluh-puluh ribu sebulan
Quote paperchase 31-7-2013 08:09 AM
Aku x fhm, mmg inspektor ni khalwat ke atau dipaksa mengaku khalwat oleh superior dia?
Quote blackred99 31-7-2013 08:18 AM
fuh, tunggakan gaji.. tapi takleh lawan menteri2 kabinet sarawak, naik gaji backdated bertaun2. kaya2..
Quote NURMIMIE 31-7-2013 08:19 AM
sangat lah jarang pun yang dapat merayu neh..

rare case orang kata kalau dalam PDRM nak dapat balik jawatan atau masuk balik dalam pasukan..

kalau kenyataan dia kata dia dipaksa / dinasihatkan / disuruh mengaku bersalah sebelum pebicaraan, mmg hak dia lah untuk menuntut keadilan semula..

fakta kes tak jelas di sini.. SELALUNYA, kes khalwat jarang2 boleh lepas, sebab perkara itu jelas.. hanya berdua2an ditempat yang meragukan bersama bukan mahram dah jatuh khalwat.. nak silat celah mana lagi?.. tapi kalau dia yakin dia tak salah, mmg boleh lepas lah kan.. contoh tengah soal siasat kes? atau yang sewaktu denganya.. sebab katanya dia pegawai operasi.. so perkara ini wajar.. CUMANYA.. kalau perangkap sekali pun, agak mustahil juga sebab selalunya khalwat neh atas aduan so kalau kena tangkap selalunya dah buat berulang kali.. KALAU fakta kes kata dia kena serbu / tangkap di satu tempat semasa operasi jabatan agama, mmg perkara2 begini boleh berlaku..

memang dalam jabatan kerajaan susah nak buang staff.. tapi bukan polis! maybe lah dalam 100 polis yang kena buang, hanya 2 atau 3 saja yang berjaya dapat jawatan balik.. (selalunya memang dengan tunggakan gaji)..

Quote md_nana 31-7-2013 08:20 AM
kerja recam tu ape?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060075 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top