CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seramai 452,721 Murid Duduki UPSR Pagi Ini

5-9-2016 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 2998| Komen: 12

Description: Peperiksaan UPSR yang bermula jam 8 pagi tadi membabitkan seramai 452,721 calon
Oleh Izzah Abbasy

Bermula pagi hari ini Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara berjalan lancar termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Bario, Sarawak yang terbakar semalam.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata peperiksaan yang bermula jam 8 pagi tadi membabitkan seramai 452,721 calon.

Foto : eng.mynewshub.cc


"Saya lihat persediaan UPSR di pedalaman adalah baik dan mudah-mudahan berjalan lancar sepanjang minggu ini. Cuma, kita agak terkejut bangunan SK Bario termasuk tempat peperiksaan yang terbakar, petang semalam" katanya.

Peperiksaan UPSR sudah bermula 1 September lalu bagi calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Daripada jumlah itu, seramai 443,677 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,044 bagi calon swasta. Kertas pertama bagi calon Sekolah Kebangsaan (SK) bermula jam 8.15 pagi untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan akan berakhir pada 8 September ini. - CARI

Sumber : BH Online


20

Bagus
27

Marah
14

Terkejut
31

Sedih
18

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofiazara 5-9-2016 09:18 AM
hingga 8
9 tu exam smka je. tak semua ambik
Quote cap_ayam 5-9-2016 09:29 AM
Selamat berjaya untuk anak2 ni semua..
Quote hambaallah1709 5-9-2016 09:38 AM
good luck yang...
doakan untuk murid2 saya yer..
calon upsr tahun ni 20 orang...
Quote isoflavone 5-9-2016 05:02 PM
Good luck..
Quote Artemesiaa 5-9-2016 05:24 PM
Rasanya mak pak yang lagi cemas dari anaknya yang ambik exam maklum le expection tinggi sangat
Quote cap_ayam 5-9-2016 05:28 PM
hambaallah1709 replied at 5-9-2016 09:38 AM
good luck yang...
doakan untuk murid2 saya yer..
calon upsr tahun ni 20 orang...

Aminnm.. Semoga semua calon2 lulus dengan cemerlang  
Quote cap_ayam 5-9-2016 05:29 PM
Artemesiaa replied at 5-9-2016 05:24 PM
Rasanya mak pak yang lagi cemas dari anaknya yang ambik exam maklum le expection tinggi sangat

Ye .. Kalau dapat straight As baru syok post kat fb  
Quote R2D2 5-9-2016 06:00 PM
cap_ayam replied at 5-9-2016 05:29 PM
Ye .. Kalau dapat straight As baru syok post kat fb

tu semestinya
cara nk mudah
pura2 salah fwd
pastu ckp
'sori salah tingkap'
yg penting straight 6A


Quote xxmanxx003 5-9-2016 07:22 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote FARRAZOOL 5-9-2016 10:52 PM
Good luck n all the best
Quote fishcracker 5-9-2016 11:37 PM
semoga berjaya adik2 upsr tahun nih
Quote lava3sep16 5-9-2016 11:47 PM


budak2 upsr sekarang tengah tension....tercuit sikit je belasah kaw kaw.


[fbv]1433312933351995[/fbv]


Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.283402 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top