CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jom Saksikan Konsert Simple Plan Di Kuala Lumpur Minggu Depan!

30-8-2016 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3766| Komen: 13

Description: Berita baik buat semua peminat kumpulan pop-punk dari Kanada, Simple Plan
oleh Adib Za

Berita baik buat semua peminat kumpulan pop-punk dari Kanada, Simple Plan yang bakal melancarkan konsert jelajahnya di Asia Tenggara, Kuala Lumpur adalah salah satu lokasinya!


Bakal dilangsungkan pada 7 September ini, bertempat di KL Live, Life Centre yang menggabungkan lagu-lagu hits dan juga terbaru kumpulan tersebut. 

Konsert jelajah yang diadakan di Asia Tenggara ini adalah untuk meraikan dan menyokong album kelima mereka, Taking One For The Team yang telah dipasarkan sejak 19 Februari lalu. 

Kali terakhir kumpulan ini menjejakkan kaki ke Malaysia adalah pada 4 tahun lalu. 




Kumpulan yang dianggotai oleh Pierre Bouvier (vocals), Chuck Comeau (drums), David Desrosiers (bass, backing vocals), Sebastien Lefebvre (ryhthm guitar, backing vocals) dan Jeff Stinco (lead guitar) popular dengan lagu hits mereka seperti Welcome to My Life, Perfect, Jet Lag, Summer Paradise dan banyak lagi. 

Simple Plan akan memulakan jelajah mereka di Seoul, Korea pada 1 September nanti sebelum tiba di Malaysia seminggu kemudiannya. 

Tiket boleh didapati di Ticketcharge.com dengan harga bermula RM192 sehingga RM392. 





Untuk album terbaru mereka ini, Taking One For The Team telah mengeluarkan beberapa single seperti I Don't Wanna Go To Bed menampilkan rapper Nelly, Opinion Overload dan Singing in the Rain. 

Untuk maklumat lanjut, muzik  dan berita terkini Simple Plan anda boleh mengunjungi:

http://www.simpleplan.com, https://www.facebook.com/simpleplan, twitter.com/simpleplan, www.instagram.com/simpleplan.





5

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 30-8-2016 11:28 PM
ada lg band nih rupanya... huntunglah peminat dia org dpt tengok live show.
band2 peberet ai jugak yg takda napsu nak singgah ke sini
Quote Ferr_Remy 30-8-2016 11:59 PM
Ceh.. promote berbayo ke ni? At least kasi la free ticket mau gak aku pergi
Quote Andyscenes 31-8-2016 02:11 PM
zaman 2004 boleh lah aku g tgk. zaman ni da x berapa minat da
Quote Orix 31-8-2016 07:11 PM
dani-rox replied at 30-8-2016 11:28 PM
ada lg band nih rupanya... huntunglah peminat dia org dpt tengok live show.
band2 peberet ai jugak ...

Khen... Coldplay kalau dtg indon/singapore pn iols sggup apply cuti chuolsss
Quote dani-rox 31-8-2016 07:16 PM
Orix replied at 31-8-2016 07:11 PM
Khen... Coldplay kalau dtg indon/singapore pn iols sggup apply cuti chuolsss

asia tenggara nih agaknya sendu di mata dia org noks... abis dekat pon buat show kat ostolia.
Quote Orix 31-8-2016 07:26 PM
dani-rox replied at 31-8-2016 07:16 PM
asia tenggara nih agaknya sendu di mata dia org noks... abis dekat pon buat show kat ostolia.
...

Iols rse deyols nk wt konsert yg boleh target at least 30K audience... klau dkat southeast asia ni iols rse 20K je  kot plg koman.. plus coldplay x ramai sgat fans BBNU cm taylor swift
Quote dani-rox 31-8-2016 07:43 PM
Orix replied at 31-8-2016 07:26 PM
Iols rse deyols nk wt konsert yg boleh target at least 30K audience... klau dkat southeast asia ni ...

mungkin betul gak sbb BBNU yg kuasai demographic pembeli album dan tiket konsert. tp bole jah band2 gred A datang, main kat venue kecik skit la kot. sesuwai dgn jumlah peminatnya jua... motip la pefeeling nak perform saiz wembley kat Msia ni kan
tingat zaman linkin park pi KL thn 2003 dulu -- dlm 30-40k peminat yg datang katanya. memang penuh stadium merdeka masa tu uolss. apepon MCR rilek2 jah perform depan 10k org. Metallica pon sama.

ai rasa polisi kerajaan yg ala2 Taliban tu pon salah satu faktor jugak. itu tak bole, ini tak bole... ujung2 bai bai Msia je lah. hahaha
Quote red_cattleya 1-9-2016 01:09 AM
welcome to my life gitu..dulu layan walkman dgr lagu2 band neh lar..MCR, Bowling For Soup..huhu.
Quote cik_sssara 1-9-2016 08:15 AM
Not going

Kenapa tak buat weekend ee suka betul buat hari kerja ;/
Quote silampumeja 1-9-2016 08:51 AM
Wahh tiba2 je dtg dah kat mlaysia...wow
Quote Aiira 1-9-2016 09:08 AM
Dulu memang minat dekat Simple Plan ni... sekarang masih minat jgk (tp rasanya momentum dah kurang kot?).

Dan satu lagi Good Charlotte
Quote honey_jelly 1-9-2016 11:52 AM
alaaaaa..buat konsert time aku tgh pokai ..bila lah band fav aku nak datang semula..

Quote imransulaiman 1-9-2016 02:55 PM
Welcome To My Life lagu paling aku suka

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.148788 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top