CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma, Kakak Adira Ditetak Hampir Putus Telinga

27-7-2016 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 24421| Komen: 91

Description: Kejadian itu menyebabkan telinga Emma hampir putus
Oleh Izzah Abbasy

Emma Suhaimi, 27, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan dan juga deejay sebuah stesen radio di KKFM, diserang seorang individu di rumahnya di Universiti Utama Condominium (UUC), Kota Kinabalu tengah malam kelmarin.

Kakak kepada penyanyi Adira, cedera di bahagian belakang kepala, telinga, hidung dan pipi. Rakan serumahnya pula dilaporkan cedera di tangan dan bahagian mata.

Kakak kepada Emma, Ayu Suhaimi, 28, pula berkata kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam ketika adiknya bersama rakan serumah nyenyak tidur.

"Emma dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II di sini untuk rawatan lanjut, manakala rakannya dirawat sebagai pesakit luar. Emma mungkin dibenarkan pulang petang semalam," katanya ketika dihubungi.

Sejak pagi tadi, insiden menimpa Emma dan rakannya menjadi viral di laman sosial berikutan dakwaan mangsa cedera selepas rumahnya dimasuki perompak yang turut mengacukan parang ke lehernya.

"Siasatan mendapati ini bukan kes samun, sebaliknya kejadian berpunca daripada masalah peribadi dipercayai antara seorang mangsa dengan bekas teman lelakinya dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

"Tiada barang hilang dari tempat kejadian atau milik mangsa. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan benda berbahaya," katanya.

Teman rapat Emma, Keroz Nazri, berkata kejadian itu menyebabkan telinga Emma hampir putus.

Pembedahan menyambung telinganya berjalan lancar. Emma kini dalam keadaan stabil, namun masih trauma.




Keadaan Emma ketika di hospital



Sumber : BH Online
Foto : Instagram Emma Suhaimi



13

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bm7add9 27-7-2016 06:33 AM
Ngerinya kena sambung telinga..
Quote manis3005 27-7-2016 06:45 AM
erk..ex boipren psycho
Quote pakis_hutan 27-7-2016 07:08 AM
Oops tempat tinggal iols...
Quote EhhEtonLahh 27-7-2016 07:14 AM
omaii skeri nyaa.. btw tulis jela kakak adira...
Quote mieymiey 27-7-2016 07:17 AM
EhhEtonLahh replied at 27-7-2016 07:14 AM
omaii skeri nyaa.. btw tulis jela kakak adira...

Kan nama Tok Red tengah hangat di pasaran sekarang. Haruslah semua orang kenal
Quote virgo19 27-7-2016 08:09 AM
Kesian adira, dah la suami tgh kontroversi dgn pompuan lain, kakak pulak kena tetak. Bertabah la.
Quote haryatie 27-7-2016 08:10 AM
Ya Allah..takutnya
giler pe...putus cinta pun nak berbunuh
tp org sekarang ni pelik2..
putus cinta, cerai berai pun bergaduh sampai nak berbunuh bunuh
mcm x boleh hidup..
cukup la setakat bersedih sekejap pastu relax ler..
ramai lagik org lain..kdg2 x semesti ada pasangan hidup tu lebih baik
dr hidup kacau bilau ada bf/suami baik sorang2 aman2 jerk
x yah nak pikir/takut kena tinggal/kena cerai..
Quote minahsleepy 27-7-2016 08:14 AM
motip mentioned nama tok red..mentang2 nama tok red tgh up skang

ckp jela kakak adira..ke org dah x kenal adira
Quote arffa 27-7-2016 08:16 AM
adoi scarynya.. xbf pun mesti tak boleh terima hakikat kena talak.
Quote Clover_Hill 27-7-2016 08:19 AM
Ngeri.

Syukurlah hanya telinga yang dilibas. Kalau leher yang kena..?
Quote mokcikKSKB 27-7-2016 08:20 AM
Glass_shoes replied at 27-7-2016 06:21 AM
Kakak penyanyi Adira cedera diserang



Omai..dgr kat radio pg ni.kes exboypren la ni.
Quote mokcikKSKB 27-7-2016 08:25 AM
Cer tepek pic kakak sheols...xpernah pulak aku tgk muka nya.sendu sgt
Quote Glass_shoes 27-7-2016 08:42 AM
mokcikKSKB replied at 27-7-2016 08:25 AM
Cer tepek pic kakak sheols...xpernah pulak aku tgk muka nya.sendu sgt

download (3).jpg


Quote siti_kus 27-7-2016 08:43 AM

kesiannya.. cpt2 tangkap ex bf saiko
Quote mokcikKSKB 27-7-2016 08:44 AM
Glass_shoes replied at 27-7-2016 08:42 AM

Kesian....
Tp kakak dia xdelah putih pon...stended sabahan je.lupa mkn pemutih kot.hehe
Quote manis3005 27-7-2016 08:46 AM
Huh...skeri btoi..baru x boipren,,klau dh kawen xtau la cmna
Quote F8_girl 27-7-2016 08:47 AM

Muka sebelum kejadian takde ke TT?
Quote sweetgirl 27-7-2016 08:57 AM
Quote sweetgirl 27-7-2016 08:58 AM

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.082197 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top