CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kes Penderaan] Rumah Kebajikan Tanpa Permit, Diarah Henti Operasi Serta-Merta!

18-7-2016 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3863| Komen: 7

Description: Pada 3hb Mei, rumah kebajikan berkenaan didapati tidak mendaftar di jabatan kebajikan dan jika disabit kesalahan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 Seksyen 5 (1), yang boleh membawa hukuman denda sehingg ...
Oleh : TS LOO



Baru-baru ini, sebuah rumah kebajikan di Bukit Tengah yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang didakwa melakukan penderaan ke atas kanak-kanak yang dibawah jagaan mereka. 

Walaupun pengetuanya menafikan segala tuduhan, tetapi rumah kebajikan terbabit tetap diarah tutup untuk siasatan polis.

Menurut laporan akhbar Gunag Ming Daily, pengetua rumah kebajikan, Khor Cai Yun dituduh di mahkamah Majistret bahawa menguruskan rumah kebajikan itu tanpa permit yang sah. 

Khor mengakui bersalah dan didenda sejumlah RM5,000. 


Pada masa yang sama, mahkamah turut mengarahkan rumah kebajikan berkenaan berhenti operasinya serta-merta.

Pada 3hb Mei, rumah kebajikan berkenaan didapati tidak mendaftar di jabatan kebajikan dan jika disabit kesalahan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 Seksyen 5 (1), boleh membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
 
Sekiranya pengetua itu tidak dapat membayar denda yang dikenakan itu, ianya perlu digantikan dengan hukuman penjara selama 4 bulan. 

Rumah kebajikan tersebut juga harus henti beropearsi sehingga membuat pendaftaran dengan jabatan kebajikan.

Akan tetapi, apabila ditanya wartawan mengenai kes penderaan itu, Khor hanya berkata " Sekarang saya nak pergi balai polis" , lepas itu meninggalkan tempat itu dengan pantas. 

Sebelum ini, seorang budak berumur 14 tahun dikatakan melarikan diri dari rumah kebajikan untuk mencari ibu kandungnya di Johor dan membongkarkan kejadian penderaan yang dialaminya di rumah kebajikan berkenaan sejak 4 tahun lalu.- CARI




7

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
10

Sedih
18

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 18-7-2016 07:24 PM
Gunag Ming Daily, 1st time pulak aku dengar nama akhbar ni. Baru keluar dari gua kot aku ni pun. Anyways, beroperasi tanpa permit, denda kepada principal RM5k. Tak daftar KKM RM10k, murah betul denda tu. Apakah penderaan yang telah berlaku, paedo activities ke macam mana.
Quote manjalara_01 18-7-2016 10:29 PM
Edited by manjalara_01 at 18-7-2016 10:31 PM
Nenasketum replied at 18-7-2016 07:24 PM
Gunag Ming Daily, 1st time pulak aku dengar nama akhbar ni. Baru keluar dari gua kot aku ni pun. Any ...

4 tahun kan? i rs budak 14 tahun yg report tu kisah benar la..
x kan die saje2 nak escape tanpa sbb munasabah....kalau rumah kebajikan tu best...sape la nak run away? especially kalau bawah umur..
teringat lagu ni, hehe sorry bukan nak overdramatise, suke lagu ni
[youtube]Hk7TVIAkKQY[/youtube]
Quote HazeLJoseph 19-7-2016 01:31 AM
Org mostly bukak ni sbb untung .. bisnes org kot nak untung agt.

Ada satu rumah kebajikan kt klang. Ada kanak2 istimewa , banglo 2 ti gkat gitu.. tp dia ikat budak dengan rantai mcm hewan.. iols memang cukup meluat,sekali je iols pergi,geram sungguh.. kutip derma punya banyak
Hujung2 ikat budak dan bagi makanan macam :]*"@"]?]"!#&
Quote bictoria 19-7-2016 02:27 AM
HazeLJoseph replied at 19-7-2016 01:31 AM
Org mostly bukak ni sbb untung .. bisnes org kot nak untung agt.

Ada satu rumah kebajikan kt klan ...

Report tak?
Quote shamsadis 19-7-2016 04:26 AM
bictoria replied at 19-7-2016 02:27 AM
Report tak?

Tak    
Quote noraidil_06 19-7-2016 06:38 AM
HazeLJoseph replied at 19-7-2016 01:31 AM
Org mostly bukak ni sbb untung .. bisnes org kot nak untung agt.

Ada satu rumah kebajikan kt klan ...

& ape u buat?
Quote misscendol 19-7-2016 02:19 PM
naya je penghuni dalam rumah kebajikan tu. dahlah xde sapa2 dah pastu kena dera pulak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.052550 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top