CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ringgit Dijangka Meningkat Berbanding Dolar As Minggu Depan

2-7-2016 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4030| Komen: 15

Description: Ringgit berkemungkinan diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS minggu depan, ..

Oleh : Dean BZ

Ringgit Malaysia. - Foto AFP


Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS minggu depan, bersandarkan sentimen yang bertambah baik terhadap unit tempatan itu dan setelah sentimen terhadap referendum Brexit reda beransur-ansur. 


Memetik dari laporan BERNAMA, Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata kesan Brexit mungkin tidak seburuk yang dijangkakan memandangkan United Kingdom (UK) akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan pengundurannya dari Kesatuan Eropah (EU). 


"Kami menjangkakan ringgit akan meningkat minggu depan selagi ahli politik di EU dan UK menguruskan Brexit dengan lancar. Peniaga juga perlu melihat lebih dekat tindakan bank-bank pusat utama, termasuk Bank Pusat Eropah, Bank of England dan Bank of Japan, dalam menyediakan lebih banyak rangsangan untuk mengelak ekonomi masing-masing daripada sebarang kesan Brexit," katanya. 


Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh sentimen baik ke atas Brexit, selain harga minyak yang lebih tinggi. 


Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9710/9769 daripada minggu lepas pada 3.0148/0246, dan meningkat berbanding yen kepada 3.8955/8034 berbanding 3.9668/9777 pada minggu sebelumnya. Ringgit juga mengukuh berbanding pound British kepada 5.3147/3241 daripada 5.6806/6961 sebelum ini dan meningkat berbanding euro kepada 4.4376/4455 daripada 4.5450/5573 Jumaat lepas. 


Referendum Britain keluar dari Kesatuan Eropah (Brexit) dijangka memberi kesan besar kepada kedudukan blok ekonomi itu sebagai kuasa perdagangan global utama. - CARI



Sumber - BERNAMA


3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aHoi83 2-7-2016 02:02 PM
Kenyataannya dollar and pound menurun manakala ringgit mengukuh.
Quote Andyscenes 2-7-2016 03:43 PM
wahhh, tapi aku still x dpt melancong kat london lg huhu
Quote shi_jewel 2-7-2016 03:46 PM
mulala pelaburan dlm mata wang asing giat berjalan.

ramai yg akan borong pound..
Quote protonpersona 2-7-2016 05:25 PM
Kukuh la sngt...dgn singapore dah nak cecah 3 ringgit..
Quote dizzzzek 2-7-2016 05:27 PM

terima kasih najib
Quote batu kikir 2-7-2016 05:33 PM
Edited by batu kikir at 2-7-2016 05:34 PM

Tengok kata2 orang yang kononnya "expert" dalam market......tak kiralah whatever market.

"kami menjangkakan"
"akan meningkat"
"selagi"

Inilah ayat2 .........neither here nor there. "Expert" tu mungkin betul, mungkin tidak. Kalau betul........nanti keluarlah ayat "kan aku dah cakap". Kalau tak betul ............. "aku cuma jangka je kalau...selagi".....

Aku don't give a damn to these macais' statement. After all market is an ART not a science........and is up to anyone' guess.

Quote merrissa 3-7-2016 01:30 AM
pound jatuh merundum...wakakkaa...tula prejudice sangat....
Quote revoc 3-7-2016 01:41 AM
bila nk lagi tinggi dri kuwait dinar??

baru la bole beli tanah kat oversea,kih3
Quote aduhaiya 3-7-2016 05:32 PM
revoc replied at 3-7-2016 01:41 AM
bila nk lagi tinggi dri kuwait dinar??

baru la bole beli tanah kat oversea,kih3

Perghhh.... Dinar Kuwait... kalau cengitu... gaji RM1,000.00  dah boleh beli mcm2 benda berjenama
Quote salimrock 4-7-2016 10:39 AM
Andyscenes replied at 2-7-2016 03:43 PM
wahhh, tapi aku still x dpt melancong kat london lg huhu

SAMA la wa.. Indon / Thailand lepas ar, SIngapore pn member wa ckp mahal bila convert..

yg penting duit wa yg kukuh...he.he. baru leh g England
Quote Loxlaxman 4-7-2016 10:53 AM
Pakai ringgit nak bayar ayam siam pun taiko Haadyai tamau...
Quote kicap_madu 4-7-2016 12:17 PM
Loxlaxman replied at 4-7-2016 10:53 AM
Pakai ringgit nak bayar ayam siam pun taiko Haadyai tamau...

aik selalu ker makan ayam siam?
Quote Andyscenes 4-7-2016 04:08 PM
salimrock replied at 4-7-2016 10:39 AM
SAMA la wa.. Indon / Thailand lepas ar, SIngapore pn member wa ckp mahal bila convert..

yg pent ...

teringat masa aku g singapore, aku rasa cam sengkek haha. even bwk RM2K utk belanja
Quote dizzzek 4-7-2016 04:13 PM
terima kasih najib
Quote revoc 5-7-2016 03:12 PM
aduhaiya replied at 3-7-2016 05:32 PM
Perghhh.... Dinar Kuwait... kalau cengitu... gaji RM1,000.00  dah boleh beli mcm2 benda berjenama

ntah

bek duit tinggi syok

ini nk pikir indutri eksport,entah mnatang apa negara ni sent keluaq

pastu bape kerat ja bole rasa tuh,cer klau duit mahai cam gbp,bru semua mesia leh rasa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.071979 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top