CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekurang-kurang 32 Maut Dalam Serangan Berani Mati Di Istanbul

29-6-2016 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3852| Komen: 5

Description: Menurut badan penyiaran HaberTurk yang memetik kenyataan Menteri Kehakiman,Bekir Bozdag, sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh manakala 147 yang lain cedera dalam tiga serangan pengebom nekad di Lapang ...
Oleh : TS LOO



sumber foto: www.theguardian.com



Menurut badan penyiaran HaberTurk yang memetik kenyataan Menteri Kehakiman,Bekir Bozdag, sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh manakala 147 yang lain cedera dalam tiga serangan pengebom nekad di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki. 

Menurut gabenor wilayah dan saksi, tiga pengebom nekad melepaskan tembakan dan meletupkan bom yang dibawa mereka dalam lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul itu.

Penyerang mula menembak pengawal lapangan terbang di pintu masuk terminal sebelum meletupkan bom yang dibawa mereka kira-kira jam 10.00 malam waktu tempatan. 

Agensi berita Dogan pula melaporkan, penyerang membunuh sekurang-kurangnya 32 orang, termasuk dua pegawai polis, dan mencederakan 88 yang lain. 

Presiden Recep Tayyip Erdogan menggesa kerjasama antarabangsa memerangi keganasan selepas serangan itu, pengeboman maut keempat di Istanbul tahun ini. 

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan yang menyebabkan semua penerbangan dari lapangan terbang paling sibuk di Turki itu digantung. 

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan kerajaan berkata, petunjuk awal menunjukkan ia didalangi militan IS.- CARI











 
















sumber : www.mirror.co.uk
23

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntieagony 29-6-2016 09:31 AM
Takziah.

Kesiannya pada mangsa2 yg tak berdosa.
Quote gujiwa 29-6-2016 09:46 AM
kesiannya... tak suke bom sana bom sini... haishhh kesian mereka yang tak bersalah
Quote Minami2013 29-6-2016 09:50 AM
Innalillah...
Quote batman_2007 29-6-2016 09:52 AM
Israel jugak yg aman damai yer
Quote asudau 29-6-2016 09:57 AM
kenapalah makin menjadi-jadi ni..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.043003 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top