CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Star Trek, Anton Yelchin Maut Dilanggar Kereta Sendiri

21-6-2016 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8632| Komen: 18

Description: Anton Yelchin yang membawa watak Chekov dalam filem Star Trek dan pernah...

Oleh : Dean BZ


Anton Yelchin yang membawa watak Chekov dalam filem Star Trek dan pernah membintangi beberapa filem ternama telah terbunuh dalam satu kejadian pada Ahad (waktu tempatan).

ABC News melaporkan pegawai penyiasat kes berkenaan, Jenny Hosier memberitahu, kereta milik Anton yang diparkir di tepi kediamannya tiba-tiba mengelongsor ketika dia berdiri di belakang kereta berkenaan. Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca kejadian sebenar sehingga menyebabkan kematian pelakon berusia 27 tahun itu.

Ketika kejadian Anton dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan rakannya dan apabila lelaki itu tidak muncul kawan-kawannya pergi ke rumahnya dan menemui Anton terbaring tidak bernyawa.



Pengarah Star Trek, J.J. Abrams dalam satu kenyataan menyifatkan Anton mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan, bijak, lucu dan seorang lelaki yang baik.

Mendiang bakal muncul dalam filem terbaharu arahan Abrams iaitu Star Trek Beyond yang dijangka berada di pawagam pada Julai depan. Anton memulakan karier lakonannya sejak berusia sembilan tahun menerusi beberapa filem selain drama bersiri seperti ER, The Practice dan Curb Your Enthusiasm.

Antara filem yang melonjakkan namanya sebagai bintang muda berpotensi Hollywood adalah seperti Hearts in Atlantis, Alpha Dog, Charlie Bartlett dan Terminator Salvation.

Berita ini sudah pasti menyedihkan seluruh peminat Anton Yelchin yang telah banyak mewarnai dunia perfileman. - CARI Infonet






Sumber - mStarOnline/bbc.com

27

Bagus
29

Marah
12

Terkejut
23

Sedih
25

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_kidal 21-6-2016 12:57 PM
rip               
Quote Esmiria 21-6-2016 01:11 PM
at least dia dah merasai kemewahan bfore die.okayla tu.dah ajey,nok wat cmner..
Quote manjalara_01 21-6-2016 04:32 PM
kreta besar...patut la... Fiat Chrysler
i rs kalau kreta kecik...mungkin...die hidup lagi...


Quote anne_cheng 21-6-2016 09:18 PM
khen, agak2 klu kete kancil tadi maybe dy masi hidup lagi... btw, rip ...
Quote Tapayana 21-6-2016 09:37 PM
Kyle reese dalam terminator salvation.
Quote merrissa 21-6-2016 11:04 PM
aku rasa kete dia menggelosor laju nih....
Quote melinda_kerr 21-6-2016 11:39 PM
anne_cheng replied at 21-6-2016 09:18 PM
khen, agak2 klu kete kancil tadi maybe dy masi hidup lagi... btw, rip ...

tak jugak. kepala tehantuk kt jalan bolehje mati. tak kira keter besar atau kecil. wondering adalah kancil adalah kereta terkecil kat dunia.. hehe
Quote mieymiey 22-6-2016 04:49 AM
Kesian dia terbunuh oleh kereta sendiri. Rip Anton.
Quote ladydolph 22-6-2016 11:26 AM
deeply saddened by this....
rip Anton Yelchin .....
Quote -electrifying- 23-6-2016 08:30 AM
kereta mkn tuan?
Quote whadda 23-6-2016 02:03 PM
patut cam penah tengok belakon.. rupenye ade belakon dlm cite fright night
Quote bolamata 23-6-2016 03:24 PM
lupa tarik handbrake agaknya.. RIP hensem..
Quote nicuya 24-6-2016 08:45 AM
odd thomas...ske die ni...rip la
Quote unoryah 3-7-2016 10:07 PM
kesian

rip Anton


















Quote gogogreengrass 13-7-2016 03:17 PM
sapa pernah tengok dia berlakon in RUDDERLESS? besttt ! rip anton!
Quote misscendol 19-7-2016 03:39 PM
malang xberbau
Quote ecstatic 1-8-2016 03:14 PM
oh besar kereta dia. dia ni da la kurus kering mcm bole patah je
Quote PeNaMeRaH 8-8-2016 10:30 PM
27 years old..
Tragic age

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.125467 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top