CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Skuad Hoki Malaysia Kalah Teruk Kepada Jepun

9-6-2016 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 3022| Komen: 3

Description: Aksi memalukan apabila skuad hoki lelaki tumpas kepada Jepun
Oleh Izzah Abbasy

Aksi memalukan apabila skuad hoki lelaki negara memulakan Jelajah Jepun tumpas 1-5 kepada pasukan kebangsaan Jepun malam tadi, selepas kehilangan beberapa tonggak utama berikutan pelbagai faktor.

Pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Gifu Green, skuad 'Speedy Tigers' ketinggalan 0-5 apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol pada minit kelima, 15, 22, 37 dan 43.


Gol tunggal pasukan kebangsaan hadir pada minit ke-55 apabila pemain tengah, Norhizzat Sumantri menjaringkan gol padang bagi mengurangkan defisit tersebut.

Mengulas kekalahan kepada pasukan di ranking ke-16 dunia itu, ketua jurulatih Stephen Van Huizen mengakui prestasi anak buahnya di bawah kemampuan sebenar, namun ia memberi peluang baginya mencuba pemain baharu selepas kehilangan beberapa pemain utama.

"Kita beraksi tanpa beberapa pemain, yang mana mereka memainkan peranan utama dalam pasukan. Oleh itu, secara keseluruhan pasukan kita kurang stabil.

"Kita juga mencuba banyak pemain di posisi yang berlainan, hanya untuk melihat semua pilihan. Kami jauh lebih baik di separuh masa kedua, walaupun bermain daripada kemampuan sebenar kita.

"Kita akan membuat kajian malam ini untuk membetulkan kesilapan, dan akan menampilkan prestasi lebih baik pada perlawanan akan datang," kata Stephen seperti dipetik dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM). - CARI Infonet

Kredit : Astro Awani

10

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jetrofa 9-6-2016 11:38 AM

sebab berpuasa ka...stamina kurang
Quote iskans 10-6-2016 12:08 AM
Kalah dulu. Kaji taktik. Guna untuk perlawanan seterusnya. Kan nama jelajah Jepun. Banyak lagi perlawanan nak dilaksana.
Quote Nokiaman 12-6-2016 01:13 AM
SVH lanjiaww..
Tak boleh pakai..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.047788 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top