CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Saya Emak Yang Tidak Bercita-Cita Tinggi" Cerita Seorang Ibu

3-5-2016 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3995| Komen: 6

Description: Setiap pekerjaan tak kira apa kerjanya. Bekerjalah dengan dedikasi,
oleh Adib Za

Bukan semua ibu bapa mengikut trend yang mahukan anak mereka menjadi sempurna dan hebat dalam pelajaran.

Berbeza dengan ibu bapa lain yang mahukan anak mereka lakukan itu dan ini, namun luahan seorang netizen ini di laman sosial, begitu mendalam dan membuka minda. 

Norhayati Berahim tidak mahu anaknya menjadi berjaya di dunia sahaja sebaliknya menjadi individu yang seimbang dalam apa jua dilakukan... Baca tulisan netizen ini..



Saya emak yang tidak bercita-cita tinggi..
Tak terkejar kejar mahu memasukkan anak ke sekolah asrama penuh terkenal..

Tak bermimpi anak jadi orang besar atau kaya raya...
Sebab itu bila ada kelas tambahan hujung minggu hari Sabtu di sekolah

Saya mungkin salah seorang atau satu-satu ibu bapa yang tak mahu masukkan anak ke kelas tambahan itu
5 hari anak berada di sekolah sepanjang hari.
2 hari anak bersama saya untuk menjalankan pelbagai aktiviti

Masakan waktu 2 hari itu mahu direbut dari saya..
Anak anak hidup di dunia ini bukan hanya dikerah belajar sahaja..

Mungkin mata pelajaran yang dia belajar akan dilupa bila dewasa nanti

Tetapi silahtulrahim dengan keluarga di kampung, menjaga kesihatan, merendahkan diri membantu orang lain, bergaul dengan jiran setempat , pelajaran agama adalah pelajaran seumur hidup yang saya harus terapkan untuk anak-anak sepanjang saya masih bernafas.



(Sumber foto: Carian google)



Saya tidak mahu anak menjadi mangsa sistem pelajaran yang lebih memikirkan material. Seringkali kita akan dengar perkataan ini...

"Hesy..tak belajar nanti nak jadi apa? Nak jadi tukang kutip sampah tepi jalan?"

Andai ditakdirkan anak jadi tukang kutip sampah, jangan lupa anak ini telah berbuat bakti lebih banyak dari orang lain. Tak ada orang kutip sampah menderita semua orang, menderita bumi ini..

Setiap pekerjaan tak kira apa kerjanya. Bekerjalah dengan dedikasi, tekun dan amanah. Kita selalu fokus dan tekankan kepada anak-anak apa pekerjaaan yang harus dia lakukan untuk berjaya tetapi kita jarang fokuskan apa yang harus dia lakukan dalam 
menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja supaya dia menjadi pekerja yang berjaya. 

Sebab itu ramai pekerja sudah hilang sifat jujur dan amanah. Rasuah bermaharajalela..

- CARI Infonet


Sumber: Facebook Norhayati Berahim
1

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tiang@pi 3-5-2016 07:34 PM
Betul2...........
Quote alieyrina 3-5-2016 10:55 PM
Sedih plak aku tetiba...dah tau dia x pandai tu x payahla suruh dia pulun..x payah cakap kalau itu kalau ini....kata2 ibu suma tu doa taww...
Quote mizkajura 4-5-2016 10:42 AM
ada benarnya kata2 itu.
Quote periakuning 4-5-2016 11:24 AM
Kalau semudah yg dia cakap tu takpela jugak..realitinya kesian kalau derang hidup susah nanti...

So misi sy untuk pastikan complete pendidikan sampai at least spm...lepas tu nak buat ape i tak kisah dah...kena pilih sendiri..
Quote ALWAYSREDA 4-5-2016 02:47 PM
Ibubapa yg paling utama membimbing dan mencorak.....yg penting juga jgn terlalu pentingkan keegoan dan gunakan sepenuhnya kuasa veto sebagai ibubapa....give and take...setiap yg baik ada buruknya dan setiap yg buruk tak semestinya tiada kebaikannya.Setiap perkara ada sebab-musababnya, yg beza hanya kesan dari perkara itu...so itu tugas ibubapa menerangkan apakah kesan-kesan2nya dan bimbing anak utk buat pilihan yg terbaik supaya mereka mudah berdikari menghadapi kemudian hari.
Quote ISTRIMITHALI 4-5-2016 05:22 PM
Ade baik nye hantar tusyen, tp bukan stiap masa die di tusyen.

N saya prefer jaga anak d rumah, tp sy yg bg tusyen utk die.. bukan die semata mata bermain.

Tp tulah, harap sgt mampu buat semua tu, sbb sy ade sorg kwn yg die sgup belajar pelajaran anak die sbb die nak ajar ank die, malu klau ank tanye, tp die xtau. Die rela belajar utk ank die, sbb tu klau tanye die psl pelajaran die blh tau perbandingan pelajaran skrg dgn dulu.

harap sgt sy mampu buat mcm tu, slain dpt eratkan hbungan silaturrahim . Dlam masa sama, die pun akan pandai.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.096067 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top