CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ya Allah Sedihnya.... Itulah Kali Terakhir Saya Bercakap Dengan Suami

29-4-2016 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7123| Komen: 15

Description: Dalam kehidupan ini kita sering melupakan atau mengabaikan seseorang...

Oleh : Dean BZ



Dalam kehidupan ini kita sering melupakan atau mengabaikan seseorang yang menyayangi kita apabila dia sentiasa berada di depan mata, dalam kata lain sudah menjadi milik kita yang sah.


Pasangan suami isteri tentunya selalu melalui saat-saat pergaduhan dalam rumahtangga. Dari hal-hal kecil hingga menjadi besar. Benar, kata orang jika hidup langsung tiada pertengkaran maka tiadalah nikmat berumahtangga. Tetapi jika setiap masa ingin bergaduh saja, adakah itu nikmat atau menanti "kiamat'?

Wanita dan merajuk berpisah tiada namun sebagai seorang isteri, janganlah terlalu beremosi dan sentiasa merajuk tak tentu masa. Jika musykil, silalah bertanya kerana Allah mengurniakan mulut dan lidah untuk bertanya? Kisah sedih ini mungkin memberi pengajaran buat para isteri :


Saya nak bagi nasihat dan teladan bagi isteri di luar sana agar menghargai dan menghormati suami anda. Sekarang dah jadi seperti trend. Bila tercetus saja pergaduhan, terus isteri nak minta cerai atau suami ceraikan isteri. Tak boleh ke diperbaiki hubungan itu? 


Ini kisah saya 12 tahun yang lalu. Saya isteri yang bahagia ada suami penyayang dan anak yang comel berusia 6 bulan. Usia perkahwinan 2 tahun, kami tidak pernah bergaduh. Usia saya pada ketika itu 21 tahun. Manakala suami pula 31 tahun. 

Pada satu pagi, kami hantar anak ke rumah keluarga saya sebab ibu bapa saya nak cucu mereka bermalam di rumah. Malam itu kami suami isteri balik ke rumah kami sendiri. Masa nak balik, suami saya pelik. Dia merenung lama ke arah anak kami sambil sedih. Saya berkata pada dia yang saya nak bawa balik saja anak kami bersama. Dia cakap tak mengapa. 

Dalam perjalanan balik, suami tiba-tiba cakap,

"Kalau ada sesuatu yang berlaku pada abang, abang nak parents ayang jaga anak kita. Kalau ayang jumpa pengganti saya kelak, sayangi dan setialah seperti mana saya setia dan sayang pada ayang," katanya.

Masa itu saya terfikir yang dia mahu tinggalkan saya kerana ada perempuan lain. Saya apa lagi? Terus merajuk. Sampai rumah, tak nak bercakap dengan dia. 



Sebelum tidur, dia meminta saya membancuhkan milo. Tetapi pelik sebab dia tak suka milo. Bila tidur, saya palingkan muka dan tak nak tengok muka dia.

(Ya Allah, sedih bila teringat saat ini...)

Suami panggil dan bertanya, "Ayang marah lagi ke? Peluklah abang," pintanya. 

Saya pusing dan peluk sekejap dan cium pipi dia. 

"Okay, saya nak tidur," lalu terus berpaling membelakanginya. 

Rupa-rupanya itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia. Jam 2 pagi, dia seperti sesak nafas. Saya kejutkan dia dan minta maaf sambil mencium kaki dia. Saya menangis melihat keadaan suami saya seperti itu. Dia tengok saya dalam keadaan sedih dan menutup mata. Masa itu saya terlihat air mata menitis keluar dari matanya. Terus panggil jiran tolong hantar ke hospital. 

Saya dan keluarga tunggu di hospital, siap bawa anak kami. Sampai di Bahagian Kecemasan, saya bawa anak kami dan suruh dia kucup bapa dia dan cakap, "Abang, ini anak kita,". Anak saya tak menangis tetapi dia pegang wajah bapa dia.

Doktor datang buat pemeriksaan pada suami. Kemudian doktor panggil dan kata,

"Puan, suami puan dah tak ada. Dia meninggal semasa sampai sini. Kami minta maaf puan," kata doktor.

Ya Allah! Seperti ada tikaman di dada ini. Pedih dan berat, saya tak dapat menahan diri ini dari menangis. Saya rasa ini semua seperti mimpi, terus pergi ke arah arwah suami yang saya sayangi terbaring kaku. Ahli keluarga yang lain juga terkejut dan menangis di situ. 

Saya pegang kaki dan mencium dahi arwah. Semua cakap jangan biarkan air mata terkena pada arwah. Saya tahan air mata dan cium serta memeluknya. Teringat sebelum tidur, arwah meminta saya memeluknya sebab kami sudah dua tahun berkahwin, memang terbiasa tidur di atas lengan dia. 

Keluar dari bilik kecemasan, saya menangis tak berhenti-henti. Saya masih berharap ini semua adalah mimpi. Saya cubit tangan sekuat hati. Sakit! Ternyata bukan mimpi. 

Saya menyesal sangat, menyesal kerana merajuk dengan arwah dan tidak tidur memeluknya seperti biasa. Saya peluk dan cium anak kami. Masa itu jugalah kali pertama saya melihat ayah menangis melihat saya dan cucunya. Ayah mana yang sanggup melihat anaknya menjadi balu dan cucunya tidak mempunyai ayah. 

13 tahun sudah berlalu, namun kesakitan dan kepedihan itu masih terasa. Buat isteri di luar sana, sayangilah suami kamu selagi dia masih ada. Jangan dia sudah dijemput Allah, barulah kita nak menyesal bagai.



Jika ada para isteri disini yang sedang bergaduh dengan suami anda, carilah peluang berdamai. Kita tidak akan pernah merasa kesedihan dan "kekosongan" selagi suami kita masih didepan mata. Tetapi andai suatu masa sudah tiada lagi peluang menatap wajahnya, barulah kita akan merasa erti sebuah rindu dan kehilangan. - CARI Infonet


Sumber - pixelperfext.blogspot.my
13

Bagus
6

Marah
15

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 29-4-2016 06:09 PM
Gaduh pasal apa betina .....?
Quote HibinoSama 29-4-2016 06:21 PM
Cerita dh ok..tp kenapa cium kaki?

Saya kejutkan dia dan minta maaf sambil mencium kaki dia.
Quote JENABREJAM89 29-4-2016 06:21 PM
revolusi_30 replied at 29-4-2016 06:09 PM
Gaduh pasal apa betina .....?

Masa itu saya terfikir yang dia mahu tinggalkan saya kerana ada perempuan lain. Saya apa lagi? Terus merajuk. Sampai rumah, tak nak bercakap dengan dia.

Quote Artemesiaa 29-4-2016 06:21 PM
Sebab tu jangan cepat nak meroyan selidik dulu apa puncanya jangan terus nak menyalahkan
Quote JENABREJAM89 29-4-2016 06:22 PM
HibinoSama replied at 29-4-2016 06:21 PM
Cerita dh ok..tp kenapa cium kaki?

Saya kejutkan dia dan minta maaf sambil mencium kaki dia.

mintak ampun kot ...
Quote EvieWanKenobi 29-4-2016 06:45 PM
sedihnya.. never take things for granted..
Quote CrowneGlory 29-4-2016 07:29 PM
Anak xde kat rumah pun nk gaduh ka? Gedik x bertempat x memasal nyesal terus cash jd balu situ...kalau aku anak xde x tau la aktiviti apa aku buat dgn huby
Quote red_cattleya 30-4-2016 04:46 AM
sedihnya..anak kecik lagi time tu
Quote becir 30-4-2016 07:24 AM
Mcm jiran aku kisahnya..xde gaduh laki Bini pun tapi sebelum husband dia GI masjid, mintak wife dia buatkan air..wife xnak, mintak husband buat sendiri. Alih2 Kat masjid, husband dia kene heart attack dlm kereta terus meninggal on the spot..mmg menyesal la jiran aku tu, habis ceta Kat semua orang.
Quote cadarblogsot 30-4-2016 02:45 PM
Jadi teladan.. cik hubby slalu mintak buat air bawak naik atas... sy malas.. bilik tingkat 3
Quote yayangmama 2-5-2016 01:14 PM
sedihnya... mesti husb dia minta maaf sbb dah terasa nak tinggal kan isteri utk selamanya kan...


huhuhu...kekadang orang yang nak pergi ni banyak perubahan sikap...cuma kita yang x perasan
Quote Innrukia 2-5-2016 02:25 PM
Nak sedih sgt dah kenapa?
setiap makhluk pasti mati..
dunia ni pinjaman ja pun..
Quote AMDTurion 3-5-2016 09:06 AM
Innrukia replied at 2-5-2016 02:25 PM
Nak sedih sgt dah kenapa?
setiap makhluk pasti mati..
dunia ni pinjaman ja pun..

sedih sbb dia x dpt nak minta maaf dgn hubby dia.

lagi satu dia kan salah sangka dgn hubby dia. ingat hubby dia nak tinggalkan dia nak kawin dgn pompuan lain.

kalo xde bende2 mcm nie....rasanya x lah ralat sgt pompuan tu.

tp itulah...kan jgn cepat bersangka yg bukan2.
Quote ISTRIMITHALI 3-5-2016 11:00 AM
kite kene terima ajal n maut di tangan Allah.
suami pergi dulu, nanti kite plak.
Kne sentiase bersedia utk hari kematian.
Dunia ni pinjaman

Jangan sedih di tinggalkan di dunia.
Sbb yg kekal abadi, di akhirat nti.
Em khidupan d sana.

sy pun x perfect, tp kite same2 ingat memperingati
Quote AisyDani13 3-5-2016 11:16 AM
ISTRIMITHALI replied at 3-5-2016 11:00 AM
kite kene terima ajal n maut di tangan Allah.
suami pergi dulu, nanti kite plak.
Kne sentiase bers ...

Betul tu. terkedu baca kisah dia.
allahu..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.254344 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top