CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gangguan bekalan air berjadual di KL, Petaling

16-7-2013 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3853| Komen: 1

Description: KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Petaling dan ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula dari 29 hingga 31 Julai ini akibat kerja-kerja pihak ketiga.
KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Petaling dan ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula dari 29 hingga 31 Julai ini akibat kerja-kerja pihak ketiga.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata sebanyak 3,800 akaun di Petaling akan terjejas yang meliputi keseluruhan kawasan USJ 1, Subang Jaya.

Gangguan akan bermula pada pukul 10 malam pada 29 Julai hingga 3 pagi pada keesokan harinya, kata kenyataan itu hari ini.

Di ibu negara pula, gangguan akan bermula pada pukul 10 malam pada 30 Julai hingga 3.30 pagi keesokan harinya.

Kawasan yang terjejas yang melibatkan 5,336 akaun ialah Segambut Dalam, Segambut Tengah, Segambut Bahagia, Taman SPPK Segambut, sepanjang Jalan Segambut, Taman Segambut, Taman Bukit Segambut, Taman Indah Murni, Segambut; Jalan Segambut, Taman Segambut Aman, Kompleks Kediaman Kakitangan Kerajaan Jalan Duta, Changkat Kiara Baru, Changkat Kiara Suria, Prima Duta, Duta Ria dan Solaris Mont Kiara.

Syabas menasihati pengguna agar menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan dihantar ke 39222 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Maklumat juga boleh didapati dari laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

10

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
18

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.187843 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top