CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Jumpa Tuan Rumah, Tapi Dia Sombong” – Rahim Omar Sengaja Tangguh Tak Bayar Sewa

5-8-2026 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2778| Komen: 76

 


Pelakon Rahim Omar berkata dia masih belum selesaikan tunggakan sewa rumah RM7000 dimana sebelum ini tuan rumah ada memuat naik hantaran mendakwa pelakon itu gagal membayar sewa selama dua tahun.

Memetik mStar Online, Rahim mengakui dia sengaja menangguhkan bayaran serta mendakwa tuan rumah bersikap sombong sedangkan pergi berjumpa dengan niat selesaikan perkara itu.

“Saya sengaja tak nak bayar. Saya nak bayar sikit-sikit. Saya pergi jumpa dia, tapi dia sombong. Saya datang dari jauh-jauh untuk jumpa dan menunggu dia, tapi cara dia bercakap itu agak sombong.

“Saya kata ‘Eh, aku datang cari kau. Sepatutnya kau cakap elok-elok. Aku datang dengan niat nak selesaikan perkara ini.

“Dia selalu hubungi saya masa sedang jalani penggambaran tapi saya tak layan sebab saya tak ada jawapan. Saya tunggu bila dah ada (jawapan) saya akan cari dia,” katanya.

Sementara itu, Rahim berkata dia sedang usaha untuk lunaskan bayaran berkenaan namun keadaan ekonominya belum stabil serta menegaskan dia tidak akan lari.

“Sekarang ini saya baru nak stabilkan ekomoni saya sebab saya alami kerugian agak besar sehingga mencecah RM500,000 tapi saya tak cerita pada orang. Saya yakin isu ini boleh diselesaikan cuma orang itu tak sabar, tak faham keadaan kita.

“Kita bukan suka-suka sebab saya pun sebelum ini tak pernah sesusah itu. Tapi saya yakin dengan rezeki tahun ini, InsyaAllah saya akan jumpa dia dan selesaikan. Saya tak lari,” katanya.

Pada Mac lalu, seorang individu memuat naik paparan perbualan bersama Rahim mendakwa pelakon itu gagal membayar sewa rumah selama dua tahun. 

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 5-8-2026 04:58 PM
Sengaja???
Pakcik, hutang kena bayar secepatnya. Pakcik rasa pakcik susah, orang lain x susah ke? 7k tu bukan sikit... Mesti 2-3 bulan x bayar (melainkan sewa semi-d 2.5 tingkat atau bungalow)
Quote KamikuP 5-8-2026 05:38 PM
EE bongkaknya pakcik ni, ko yg berhutang tuan rumah pulak disalahkan.  ..choii
Quote sukacactus 5-8-2026 06:00 PM
Org yg berhutang selalu camni kan…the audacity…
Org je kena paham keadaan dia, dan dia sj
Keadaan org lain dia xnak ambik tau
Quote bottombikini 5-8-2026 06:47 PM
punye la keji mentang2 ko pelakon
dgn tak malunye dia mengaku sengaja taknak bayar cecepat
Quote penmerah 5-8-2026 07:21 PM
Tudiaaaaaaa
Dgn muka tak malu si tua ni gebang flying pig
Emangnya tuan rumah kene manis muka menyembah ko yg berhutang bertahun2 tu ke???
Moga terlingkup lah ko
Quote penmerah 5-8-2026 07:24 PM
Pasal tu rumah2 akak mmg vacant tak disewakan
Nak melayan penyewa tak sedar diri mcm atuk ni buat sakit jiwa je
Quote asfaz 5-8-2026 07:24 PM
Wowwww...dah tua pun bangang. Kau yg berhutang kau tak nak layan TR. Kau kata TR sombong mesti dia malas dah layan alasan2 kau kan. Euwwwww. dasar org tua kepala batu.
Buatnya kau mati dlu,hutang tu nak kira halal ke? Kau rugi bukan masalah TR..
Quote asfaz 5-8-2026 07:25 PM
azimodin replied at 5-8-2026 04:58 PM
Sengaja???
Pakcik, hutang kena bayar secepatnya. Pakcik rasa pakcik susah, orang lain x susah ke? 7k ...

2 tahun tak bayar.
Quote annehuda 5-8-2026 07:49 PM
Kerugian smpi setgh juta tapi duduk rumah sewa lagi. Apekah?
Quote cm_vungtau 5-8-2026 09:41 PM
Aku memang tobat la penyewa2 ni. Aku dah jual terus rumah aku sejak jumpa penyewa dari nuraka. Aku call mintak duit sewa rumah boleh pulak dia cakap Eh orang nak rayalah, malas nak pikir. Lepas raya baru nak pikir. Agittew malaun2 ni. Dia ingat rumah free ke cemana. Dahla report polis polis cakap bukan kerja dia halau orang keluar. Gila betul
Quote NuansaBiru 5-8-2026 09:49 PM
2 tahun tak bayar sewa?
Kalau aku rela aku sewa bulldozer gi jahanamkan saja part of the house. Rugi sikit pun takpa, janji aku puas hati. Padan muka ko takde rumah
Quote mrseller 5-8-2026 10:32 PM
Dah le tua, perangai mcm anak haram sewa tak bayar.
Quote emera 5-8-2026 10:36 PM
Tgk gaya mcm makin senja dah… jgn x sempat byr hutang tu tau!
Quote Akalditipumata 5-8-2026 11:01 PM
Dh xde duit ego lak
Quote kechikchomel 5-8-2026 11:02 PM
Gigih la iolss kira berapa sewa sebulan
RM7000/24 bulan = RM291++
Quote asfaz 5-8-2026 11:12 PM
Datang dari jauh nak selesaikan masalah.
Bawak duit tak pakcikkk?? Kau igt TR bayar duit bank dgn daun & batu?
Quote asfaz 5-8-2026 11:14 PM
kechikchomel replied at 5-8-2026 11:02 PM
Gigih la iolss kira berapa sewa sebulan
RM7000/24 bulan = RM291++

Murahnya.
Tpi gebang rugi 500k.
Duit sewa tak smpi 300 pun tak mampu bayar
Quote pocongkiutss 5-8-2026 11:17 PM
Ni la contoh makhluk2 yg taknak beli rumah pastu nk menyewa je sampai tua
Quote mrsLucky 5-8-2026 11:24 PM
Tulah tua2 susah kalau nak menyewa. Bila dah pencen wajib ada rumah walau kecil, supaya tak pening2 nak bayar sewa atau terpaksa pindah kalau owner nak balik rumah.

I pula silap perhitungan, i beli extra 2 rumah konon nak sewakan 2 untuk sara hidup masa tua. Rupa2nya leceh betul nak cari penyewa yang okay. Rumah pun kena maintain, bayar ini itu. Baik I simpan duit dan ambil dividen dari asb dan epf.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051914 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top