CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salina Saibi Mohon Doa Kekal Istiqamah Berhijab - “Setiap kali memakai tudung, ada sahaja bisikan yang menguji"

3-8-2026 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 479| Komen: 11

 


Dilihat tampil berhijab, pelakon Salina Saibi berkata dia belum berani mengesahkan penghijrahannya kerana bimbang tidak mampu untuk istiqamah. 

Memetik BH Online, pelakon berusia 44 tahun itu berkata dia berdoa agar diberi kekuatan serta mengakui dirinya insan yang lemah serta iman tidak kuat.

“Saya takut juga nak bercakap mengenai perkara ini (bertudung). Tetapi setakat ini semuanya baik. Inilah diri saya sekarang, apa yang orang nampak, inilah saya.

“Perubahan ini berlaku selepas saya pulang daripada mengerjakan umrah. Insya-Allah doakan saya kerana saya pun insan yang lemah dan iman saya juga tidak kuat.

“Setiap kali memakai tudung, ada sahaja bisikan yang menguji. Kadang-kadang bukan sahaja daripada syaitan, tetapi juga daripada diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Salina berkata dia melihat perubahannya kini adalah untuk diri sendiri dan keputusan itu dibuat kerana Allah. Tambahnya, suami tidak memaksa untuk bertudun, malah gembira dengan perubahannya itu.

“Apabila pulang daripada umrah, memang banyak ujian kerana kita sedar bagaimana kehidupan kita sebelum ini. Kita bukanlah manusia yang sempurna. Jadi sekarang, setiap kali hendak keluar rumah, saya akan cari tudung terlebih dahulu.

“Alhamdulillah, saya anggap ini satu perubahan yang baik untuk diri sendiri. Saya lakukan semua ini kerana Allah, diri sendiri dan juga suami.

“Suami tidak pernah memaksa saya bertudung. Dia hanya tersenyum melihat perubahan ini. Jadi keputusan ini datang sepenuhnya daripada diri saya sendiri,” katanya.



Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 3-8-2026 05:52 PM
Lahhh!!! Kalau takat nengok pic je, aku igt tintimah wife toksop td
Quote RosVilla13 4-8-2026 12:19 AM
Hahahaa pehal nya nak tiru gaya bini Tok Sop Selam nii. Lawa muda lg Salina. Acah2 Datin pulop dah [em:16:]
Quote red_velvet 4-8-2026 06:33 AM
Doa la sendiri makcik. Rakyat marhaen yang bukan artis pakai tudung pun doa sendiri untuk diri sendiri. Takdenya kami mintak jiran2 tolong doakan
Quote brainbiru 4-8-2026 06:54 AM
Pakai tudung pun buat terukkkkkj.... melugai betol... mcm besar sgt perkara tu...
Quote red_velvet 4-8-2026 07:30 AM
brainbiru replied at 4-8-2026 06:54 AM
Pakai tudung pun buat terukkkkkj.... melugai betol... mcm besar sgt perkara tu...

Ntqnye.. Padahal asal usul duduk flat b40 je.. Acah2 dari amarika pulak asal pakai tudung ada bisikan2.. Yiih, entitle sgt terpaling diuji setan
Quote lasagna 4-8-2026 08:40 AM
moga istiqomah dik non.. sebijik datin timah aagittchewww..
Quote pocongkiutss 4-8-2026 09:05 AM
sukacactus replied at 3-8-2026 05:52 PM
Lahhh!!! Kalau takat nengok pic je, aku igt tintimah wife toksop td

Dia actually anak buah YH side Tin Timoh ye? Sebijik benor
Quote cap_ayam 4-8-2026 09:41 AM
Semoga istiqomah! Tak kurang pun cantiknya
Quote asfaz 4-8-2026 10:07 AM
sukacactus replied at 3-8-2026 05:52 PM
Lahhh!!! Kalau takat nengok pic je, aku igt tintimah wife toksop td

Tudung biru dah macam tinmah,yg sebelah igt kan sis SR
Quote brainbiru 4-8-2026 11:39 AM
red_velvet replied at 4-8-2026 07:30 AM
Ntqnye.. Padahal asal usul duduk flat b40 je.. Acah2 dari amarika pulak asal pakai tudung ada bisi ...

Aku rasa yg mualaf baru pakai tudung pun x keluar statement2 mcm ni...

Ini yg masa kecik2 pegi kafa mesti pakai tudung kan?? N masa zaman sekolah menengah pun pakai tudung kan?

Tibahhhh dah dewasa... acah mcm baru convert islam.. nak org doakan dia istiqamah... biasanya yg mcm ni... x berapa nak kekal... x ikhlas .
Quote Kancilkering 4-8-2026 12:01 PM
dah ghupe datin patimah dh ghupe

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045808 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top