CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadzmi Adhwa Dedah Pernah Ditawar Berlakon RM200 Sehari

3-8-2026 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 581| Komen: 10

 



Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan ada syarikat produksi menawarkan bayaran tidak masuk akal sebanyak RM200 sehari.

Memetik Harian Metro, Nadsmi berkata bukan dirinya memilih namun bayaran ditawarkan perlulah setimpal dengan komitmen penuh diberikan olehnya.

“Bayar RM200 sehari, minyak kereta pun tak lepas. Bukanlah saya memilih dari segi duit, tidak. Berlakon ini memang minat dan jiwa saya.

Tapi bila tawarkan RM200 sehari, saya rasa duit minyak kereta pun tak lepas sedangkan kita akan berikan komitmen sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Nadzmi berkata dia dan juga isterinya tidak pernah letakkan hargga tinggi jika ada yang mahu menawarkan mereka berlakon.

“Kami memang fokus perniagaan, tetapi sekarang perniagaan kami sudah stabil. Jadi kalau tiada penggambaran, hari-hari kami akan berniaga produk mi kari,” katanya.

Dalam pada itu, Nadzmi turut meluahkan rasa syukur di atas rezekinya dalam bidang pengacaraan dan akan kendalikan acara Sukan Malaysia (SUKMA) tidak lama lagi.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolipopmanish 3-8-2026 01:03 PM
Bersyukur je lah ade yg panggil, apa ko ingat ko retis fofuler nak bayar 2k sehari?? Yihhhh
Quote antaradua 3-8-2026 09:39 PM
Berlakon kat Selat Hormuz ke RM200 tak cukup duit minyak pergi balik set?
Quote apedehal 3-8-2026 11:46 PM
Mmg taraf2 extra kan bayo rm200
Quote wirazam 4-8-2026 12:00 AM
Wahh ..oklah tuh sehari rm200...ramai rakyat tak de pun dpt mcm tuhh...ko aim nak sehari brp ringgit?
Quote slyfynx 4-8-2026 12:12 AM
Ko pakai kete kebal ke gi keje sampai 200 sehari x cukup nk bayo minyak?
Quote adeqbun 4-8-2026 08:14 AM
tu tanda nya ko xde commercial value..kalau nak naik  balik,hamik je la job tu..buat all out..lama2 producer up la payment ko utk job2 seterusnya..ko hengat ko level2 beto ke?
Quote farralemkova 4-8-2026 10:14 AM
kalau aku...aku amik ja job tu... bagi aku rm200/day banyak dah... dari tak dapat langsung...
Quote talapia 4-8-2026 11:48 AM
bila dengar rm200 sehari dia pertikai? aku memula mcm sentap.. ye la..
orang keje kilang ke.. ofis ke.. sehari 150 pon dah kena bayar cukai kan? tiba dia kata 200 sehari duit minyak pon tak lepas. hebat betul taraf seorang pelakon.
Quote prince_marhaen 4-8-2026 04:36 PM
ko pun level extra je, supporting pun bukan... main cast lagi lah tak layak, dengan suara bercakap pun annyoing, bersyukur je lah orang nak panggil lalu lalang tu... buat je lah live jual sambal jual mee segera, duduk belakang bini kau tu.. kan dah biasa membiawak..
Quote MsIda 4-8-2026 05:32 PM
Untuk extra ok je...rezeki juga tu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.071268 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top