|
Pelakon dan pengacara Jaa Suzuran berkata ramai ibu tunggal mencuba nasib selepas luahan terbukanya mengenai soal jodoh.
Memetik mStar Online, Jaa berkata ramai yang menghantar mesej untuk berkenalan serta ada yang datang dengan pakej keluarga. “Sejujurnya memang ada ramai (ibu tunggal) yang baik-baik nak berkenalan. Apabila sudah terlalu ramai jadi kita tengoklah satu-satu dan tapis. “Inilah bahagian paling kelakar, ada yang datang dengan pakej enam anak. Allahuakbar! Ada yang datang empat anak, ada yang datang sepasang. Secara peribadi, saya hanya mampu terima (pakej) sampai dua orang anak je. Lebih daripada itu saya tak mampu dah,” katanya. Sementara itu, Jaa berkata dia tidak pernah membezakan status seseorang wanita itu yang penting boleh hidup bahagia serta saling memahami. “Bagi saya sama saja (janda atau anak dara), cuma perbezaaan pengalaman. Keluarga saya okay saja, janji kami boleh hidup bahagia selamanya. “Saya okay saja sebab memang suka budak-budak. Cuma janganlah sampai anak itu dah berumur 17 tahun. Nanti salah faham, tak pasal-pasal saya kena bantai dengan anak dia,” katanya. Sumber: mStar Online
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-8-2026 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.033061 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.