CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Belum rancang kahwin, Diana Danielle janji kongsi berita gembira

31-7-2026 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 667| Komen: 5

 



Pelakon, Diana Danielle enggan mengulas mengenai status terkini hubungannya bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Bern buat masa ini.

Meskipun hubungan bersama teman lelakinya itu diterima baik oleh peminatnya, bagaimanapun, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata, setakat ini dia belum mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya.

"Tidak ada sebarang 'update' lagi buat masa ini. Mengenai perancangan untuk membawa hubungan ini ke tahap seterusnya, belum tiba masanya lagi.

"Saya sudah berjanji, jika saya ada sebarang perkembangan terbaharu mengenai hubungan saya, saya sendiri yang akan beritahu," ketika ditemui pada sidang media dan pelancaran treler filem terbaharu lakonannya, Terbang, di sini, kelmarin. 


Mengulas mengenai foto mesra bersama teman lelaki di media sosial yang menerima kritikan netizen, Diana berkata, dia sedar sebagai penggiat seni, setiap perkongsian mengenai kehidupan peribadinya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

"Saya fikir, orang akan ada yang menyukai saya dan ada yang membenci saya, tetapi saya akan sentiasa memberikan tenaga yang baik kembali kepada orang ramai.

"Sepanjang saya berada dalam industri ini, saya cuba untuk fokus kepada kerjaya. Saya kongsikan sedikit perkembangan mengenai kehidupan peribadi dan kadang-kadang, saya faham ada yang berasa kurang selesa mengenainya. Bagi saya, 'it is what it is'," katanya.

Ditanya sama ada pengalaman lalu menjadikannya lebih matang dalam mengendalikan komen negatif, Diana menganggap kritikan kali ini tidak begitu memberi kesan besar buat dirinya.

"Saya rasa pengalaman lalu lebih hebat. Ini tiada apa, orang kata sekadar 'cuit-cuit' sahaja. Saya sangat sayangkan peminat saya.

"Walaupun mereka mungkin ada rasa tidak puas hati, saya tetap sayangkan peminat kerana bagi saya, apa yang mereka tegur itu ada betulnya. Apa yang saya rasa kurang betul, saya buat tidak tahu sahaja. Mana yang betul, kita perbaiki diri. Itu sahaja yang boleh saya lakukan sebagai seorang manusia," katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem Magika ini mengakui dia tidak terlalu mengambil pusing setiap komen yang ditinggalkan di media sosial demi menjaga ketenangan hidupnya.

"Sebab bagi saya, saya cuba untuk tidak terlalu menyerap atau meletakkan diri saya dengan apa yang orang cakap, sama ada ia perkara baik atau buruk.

"Dalam hidup ini, kita tidak boleh sentiasa betul. Bagi siapa yang rasa tidak selesa, tiada apa yang boleh saya buat.

"Tetapi, semua nasihat yang baik kita ambil. Kita tidak boleh sentiasa angkuh dalam hidup ini. Jadi, apa yang bagus itu kita ambil dan perbaiki apa yang patut," ujarnya.

Terdahulu, Diana menerima kritikan selepas memuat naik foto di Threads yang memperlihatkan dirinya merangkul lengan teman lelakinya.

Dalam perkembangan lain, Diana tampil membintangi filem Terbang yang mengisahkan legenda rali negara, Karamjit Singh dan dijadualkan menemui penonton di pawagam mulai 17 September depan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 31-7-2026 06:14 PM
Acik ni mcm otg tak minat sgt psl dia, cerita dia tak meletop mcm retis2 lain. Aisyah cheta lagi popular
Quote Purplehaz 31-7-2026 07:01 PM
kalau jodoh x ke mana

pilih yg beriman solat cukup
jgn bankruptcy
jgn ada 'bilik ' tut..
Quote MissVixen 31-7-2026 11:32 PM
Kalau dia jenis jaga batas antara bukan muhrim, takde la dia jadi artis.
Quote makcun14 1-8-2026 03:55 PM
Dd baka helok. anak anak ngan fk lawa hensem. Mohon membiak lagi. gituu meols teruja
Quote mekfazura 3-8-2026 08:01 AM
Keluar bersama, gambar berpeluk bersama dan update status bagai tapi blm confirm, setakat ni status TnG lagi...prepaid, belum masuk fasa Bill

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030946 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top