|
Pelakon, Sweet Qismina, 29, memilih menurunkan berat badannya yang kini mencecah 47 kilogram (kg) secara 'jogging' setiap malam mengikut bimbingan suaminya, Adam Lee sebagai jurulatih peribadi.
Sweet atau nama sebenar, Farhanna Qismina Supandi berkata sebelum ini berat badannya pernah mencecah kira-kira 56 kg ketika membintangi sebuah drama dengan membawa watak wanita hamil dan harus nampak 'chubby'. "Bagaimanapun, selepas dapat peluang membintangi filem yang memerlukan saya aktif untuk watak dilakonkan itu membuat harus menurunkan berat badan. Mulanya, saya kurangkan makan dan 'cut' ambil gula. "Keputusannya, berat badan saya dapat diturunkan tetapi tidak banyak kerana lemak masih berkumpul. Jadi suami saya, Adam mengesyorkan agar saya luang masa 'jogging' setiap malam kerana akan berhasil. "Disebabkan Adam memang ada pengalaman sebagai jurulatih peribadi kesihatan sebelum ini, saya sahut cabaran mengikut apa yang disarankannya dan Alhamdulillah, dapat turunkan tujuh kg dalam masa sebulan," katanya kepada Harian Metro. Menurut Sweet, mengenai filem baharu lakonannya itu sudah pun selesai menjalani penggambaran bersama barisan pelakon seperti Azira Shafinaz, Amir Nafis, Namie dan Fimie Don. Katanya, ia adalah sebuah filem yang agak berat kerana menuntut stamina dan kekuatan fizikal yang tinggi seperti memerlukan dia berlari setiap malam, sekali gus berat badan juga harus diturunkan. "Sebulan sebelum penggambaran bermula, penerbit hubungi pengurus saya dan meminta supaya saya berjoging setiap hari kerana mereka mahukan saya memiliki stamina dan kekuatan fizikal. "Maka, setiap malam Adam pastikan saya joging di Stadium Nasional Bukit Jalil sekurang-kurangnya tiga kilometer tanpa henti. Kini, berat badan saya memang nampak turun sangat," katanya. Terdahulu, Sweet dan Adam hadir menyaksikan tayangan filem Tiket Sehala arahan Rahila Ali malam tadi dan karya itu akan menemui penonton di pawagam tanah air mulai 6 Ogos ini. Sweet yang dinobatkan pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) tahun lalu menerusi filem Babah berkata, apapun dia enggan mengambil jalan pintas untuk menurunkan berat badan seperti pembedahan. "Setiap orang ada cara dan pilihan mereka masing-masing untuk turunkan berat badan. Tetapi, untuk saya sendiri berasa selesa dengan mengikuti bentuk latihan yang disediakan oleh suami saya, Adam. "Lagi pula syukur Alhamdulillah, saya ada Adam sebagai jurulatih peribadi selepas sebenarnya sebelum ini saya juga pernah amalkan mengguna liquid diet. Jadi, saya memang tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk badan sendiri," katanya. Sweet dan Adam bernikah pada 24 Oktober 2022 bagaimanapun mereka belum dikurniakan cahaya mata.
|
telracs replied at 31-7-2026 01:22 PM
Sweetnya diorang ni...
Hensem dan cantik...
Macam watak hero dan heroin dan cerita China zaman dulu. ...
telracs replied at 31-7-2026 01:22 PM
Sweetnya diorang ni...
Hensem dan cantik...
Macam watak hero dan heroin dan cerita China zaman dulu. ...
goldden replied at 31-7-2026 01:33 PM
mcm gambar AI je
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-8-2026 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.032817 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.