CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak perlu buat perkara merepek untuk tarik perhatian orang - Awal Ashaari

31-7-2026 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 203| Komen: 0

 


Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari menganggap tindakan segelintir hos siaran langsung yang memilih pendekatan bersuara lantang dan bingit tidak semestinya berkesan dalam jangka masa panjang kerana boleh membuatkan penonton cepat bosan.

Namun begitu, kata Awal, 44, dia juga menghormati pengacara yang memilih cara sedemikian kerana mungkin bagi sesetengah produk memerlukan hos bersuara lantang ketika bersiaran secara langsung di media sosial.

"Bila sudah lama berada dalam industri hiburan, saya sudah ada sedikit pengalaman. Ada kalanya, bila saya tengok hos yang buat siaran langsung di media sosial untuk mempromosikan sesuatu produk memang kedengaran macam bingit.

"Walaupun bingit, kita tetap juga nak tengok apa yang mereka jual? Secara tidak langsung, ia boleh menarik juga minat penonton," katanya.

Mengulas lanjut, kata Awal yang pernah mengacarakan acara berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL), dia dan Scha tetap perlu mencari pendekatan berkesan untuk memastikan penonton terus setia mengikuti sesi siaran langsung mereka.

Katanya, cabaran terbesar adalah untuk mengekalkan perhatian penonton sepanjang tempoh siaran yang berlangsung hampir dua jam tanpa kehadiran penonton secara fizikal.

"Di situlah bermulanya cabaran sebagai hos acara langsung. Kami kena bersiaran selama dua jam di platform itu. Dulu pernahlah juga masa saya kendalikan AJL. Tapi kali ini saya kena bersiaran langsung selama dua jam tanpa penonton.

"Dengan adanya saya dan Scha, kami tak perlulah bersuara bingit untuk menarik penonton kerana bila pengikut di media sosial nampak kami bersiaran secara langsung di platform penstriman itu, mungkin ada yang nak tengok kami walaupun sekejap," katanya.

Pada masa sama, kata Awal, dia bersyukur kerana dirinya dan Scha memiliki kelebihan sebagai selebriti untuk menarik orang ramai ketika bersiaran.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.032744 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top