|
Pelakon Beego menafikan tuduhan mengatakan dirinya bersikap kejam apabila menggantung isterinya, Linda Hashim tidak bertali sehingga bertindak melafazkan talak tiga, hari ini.
Beego, atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, berkata, dia sudah lama bersedia untuk menceraikan Linda tetapi pada masa sama, masih berusaha untuk memujuk hati Linda yang ketika itu masih isterinya. "Cuma saya tahu dia dah tawar hati. Bila dalam keadaan itu, masuklah kes ke mahkamah untuk lafaz taklik. Itu yang lama. Jadi dalam situasi itu memang kita cuba pujuk lagi, tak berjaya dan kali ini memang saya dah bersedia untuk lepaskan dia. "Saya pun tak nak orang asyik cakap yang saya ini gantung tak bertali, saya seksa Linda, macam itu kan. Jadi permintaannya kita tunaikan hari ini. "Saya sebenarnya nak pertahankan perkahwinan sebab anak-anak saya. Saya ada tiga anak perempuan yang cantik-cantik dan saya tahu mereka perlukan kasih sayang seorang ayah," katanya kepada Harian Metro. Beego yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini berkata, orang boleh bercakap mereka boleh sama-sama membesarkan anak bersama tetapi baginya situasi itu ia agak berbeza. "Tapi lain kalau kita duduk tempat lain, tempat yang lain-lain, bukan satu rumah, dia lain. Dengan macam mana kita ini sebagai sepasang suami isteri, kita memang betul-betul 'raise our kids'. "Dia lainlah kan. Jadi saya pujuk Linda itu untuk dia bagi sedikit orang kata peluang untuk anak-anak merasakan kasih sayang seorang ayah. "Untuk saya, kalau dia tak nak bagi tak apalah, tapi untuk anak-anaklah. Saya pun memang tak akan berebut anak. Satu, sebab anak-anak semua perempuan. Seperti kita tahu, perempuan ini dia akan ada waktu dia akan beralih jadi dewasa. "Jadi saya ada banyak batas dengan anak-anak perempuan. Jadi tiga-tiga anak perempuan ini saya bagi Linda jagalah. Tapi saya takkan abaikan apa saja tanggungjawab untuk mereka, apa yang mereka perlukan. Mereka sentiasa akan call saya sampai hari ini. Insya-Allah." katanya. Beego berkata, sebelum ini Linda menyekat media sosial dan aplikasi WhatsAppnya untuk mengelakkan mereka berhubung. "Cuma tadi sebelum saya nak ceraikan dia, dia cakap, 'Okey terima kasih... memandangkan dapat bekerjasama, lepas ini kita jadi 'bestie' (kawan baik),' dia kata, 'Kita besarkan anak sama-sama. Itu sajalah. "Kita ada berjumpa dekat depan. Sepatutnya kali terakhir itu selalunya suami isteri salamlah kan, tapi Linda kata dia ada air sembahyang dan saya hormati dia. "It's okay, for me (tak mengapa, pada saya) apa yang telah lepas, lepas. Kalau dia kata nak jadi 'bestie' saya okey, kalau kata tak nak pun saya okey saja sebab this past two years (dua tahun lepas ini) pun tak apa-apa. Insya-Allah," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-8-2026 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035751 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.