|
Lebih setahun naik turun mahkamah, pasangan pelakon, Linda Hashim dan Beego sah bercerai buat kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini. Perkara itu disahkan peguam Beego, Muhammad Akmal Amzan kepada Kosmo! Online yang menyatakan anak guamnya memang sudah bersedia melepaskan aktres terbabit. “Sebenarnya dalam kamar mahkamah tadi, hakim lebih dahulu memutuskan permohonan pengesahan lafaz taklik yang difailkan Linda sebelum ini tidak sah. “Jadi anak guam saya meminta saya teruskan dengan lafaz cerai kerana awalnya perceraian tertangguh kerana Linda turut memfailkan permohonan pengesahan lafaz taklik. “Hari ini, keputusan permohonan dakwaan berhubung lafaz taklik terbabit tidak sah dan kedua-dua pihak masih lagi berstatus suami isteri. Jadi, bagi kes pengesahan lafaz taklik itu, mereka masih belum bercerai.
“Selepas itu Beego bersetuju menceraikan Linda secara baik dan sudah melafazkan talak satu buat kali ketiga. Cuma jangan salah faham. Ini bukan lafaz talak tiga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. Muhammad Akmal Amzan turut menegaskan, perceraian kali ketiga ini juga menyebabkan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 46, dan Linda tidak lagi boleh rujuk. Akuinya, perbicaraan yang berlangsung hari ini membabitkan dua prosiding iaitu pengesahan lafaz taklik sebelum diteruskan dengan tuntutan perceraian. “Beego secara rela hati bersetuju untuk menceraikan Linda dengan baik. Mereka pernah bercerai sebanyak dua kali, kemudian rujuk, bercerai semula dan rujuk kembali. “Hari ini adalah perceraian buat kali ketiga, jadi mereka tidak boleh rujuk,” katanya. Terdahulu, kemelut dalam rumah tangga pasangan itu meraih tumpuan selepas naik turun mahkamah sejak awal tahun ini. Mereka pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun kembali rujuk pada 9 April tahun sama sebelum Linda mendakwa mereka sekali lagi bercerai dan sepakat untuk bersama semula tidak lama kemudian. Menerusi laman sosial, tular video Beego dan Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 42, berbual di luar pekarangan mahkamah. Linda dan Beego bergelar suami isteri pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak, Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7. – KOSMO! ONLINE |
asfaz replied at 31-7-2026 06:35 AM
Semoga takde perempuan bodoh hulur leher nak jadi bini laki beguk ni.
asfaz replied at 31-7-2026 06:35 AM
Semoga takde perempuan bodoh hulur leher nak jadi bini laki beguk ni.
HelgaPataki replied at 31-7-2026 07:49 AM
sedangkan org yg muflis dan byk anak tu pun ada org mau...... apatah lg yg berupa sikit ni huhu

da_vinci replied at 31-7-2026 07:59 AM
ada jerrrr....jgn risau laaaaaa hahaha


MatDeghem: Sib baik ada undang²...cerai ...
HelgaPataki replied at 31-7-2026 07:49 AM
sedangkan org yg muflis dan byk anak tu pun ada org mau...... apatah lg yg berupa sikit ni huhu
asfaz replied at 31-7-2026 06:35 AM
Semoga takde perempuan bodoh hulur leher nak jadi bini laki beguk ni.
toynme replied at 1-8-2026 07:18 PM
ala dato red pun ada laku...haha pompuan boodh ramai je kan


asfaz replied at 31-7-2026 06:35 AM
Semoga takde perempuan bodoh hulur leher nak jadi bini laki beguk ni.
asfaz replied at 31-7-2026 06:35 AM
Semoga takde perempuan bodoh hulur leher nak jadi bini laki beguk ni.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-8-2026 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.121219 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.