CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak bawa anak-anak ke majlis perkahwinan bekas suami, Datuk Red bukan isu besar’ - Adira Suhaimi

30-7-2026 10:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 832| Komen: 8

 


Penyanyi Adira Suhaimi menegaskan isu tidak membawa empat orang anaknya ke majlis perkahwinan bekas suami, Datuk Red bukanlah isu yang besar dan penting.

Menurut Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 35, apa yang paling penting, dia masih memberi kebenaran untuk bekas suaminya berjumpa anak-anak mereka.

“Isu tak bawa anak-anak ini ke majlis perkahwinan dia tidak perlu diperbesar-besarkan. Tak penting untuk diperkatakan.

“Nak membesarkan empat orang anak bukannya mudah. Saya perlu bekerja keras untuk membesarkan mereka tanpa mengusik sesiapa.

“Jadi saya minta, jangan usik saya juga. Saya mahu membesarkan anak-anak dengan tenang. Anak-anak saya pun semakin meningkat dewasa. Saya tak mahu mereka baca cerita-cerita macam ni,” katanya ketika ditemui di sidang media memperkenalkan barisan penyanyi Cinta Di Akhir Garisan 2.0 hari ini.


Mengulas mengenai perkahwinan bekas suaminya ketika kes mahkamah membabitkan mereka masih berlangsung sehingga menimbulkan simpati orang ramai, Adira sebenarnya baik-baik sahaja.

“Insya-Allah saya dan anak-anak okey sahaja. Saya mempunyai ‘circle’ yang selalu memberikan semangat. Itu yang membuatkan saya lebih kuat dan sabar,” jelasnya.

Untuk rekod Adira dan Datuk Red sah bercerai pada 24 April 2024 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.

Kes perceraian Datuk Red dan Adira kembali menjadi rumit apabila lelaki itu dikatakan ada melafazkan rujuk dan memfailkan kes pengesahan rujuk berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember tahun lalu.

Ketika masih berlanjutan, Datuk Red kembali mendirikan rumah tangga dengan Rohanita pada 3 Julai. KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 31-7-2026 04:10 AM
respon yang baik adira. tidak mudah melatah. dalam hati, biar Allah jer yang tau
Quote KirazMevsimi 31-7-2026 04:12 AM
moga selesai dengan baik segala kes mahkamah dan beroleh jodoh yang lebih elok lepas ni. amin
Quote babelina 31-7-2026 10:59 AM
bgs Adira jwb.. chill2 jer.. ex laki tu pn ptt x bole lebih2.. byk hal tu ngn Adira.. cuma Adira x buka citer jer agknya..
Quote IzzahF 31-7-2026 12:18 PM
pesal muka dia dah mcm muka bini baru scammer tu ye? hidung mengecil, dagu meruncing..gigi pun lain. ke ai je yg perasan?

apapun deknon, masa shuols menikah ke siam dedolu tu, surely berita2 yg mencanak2 naik time tu dibaca jua oleh anak2 si merah. mcm mana anak2 chuols rasa, mcm tu lah anak2 dulu rasa...sampai la kisah serai, kisah berkonten2 suweet2 lepas serai..
Quote prince_marhaen 6-8-2026 08:01 AM
tak fan adira or sokong sebab memang karma, tapi tak paham ada yang sokong buRed kaki kelentong ni, terutamanya pompuan2 tergedik2 komen wish bagai, support live dia lah, si penipu ni dah tipu orang juta-juta sampai ada mangsa yang dah meninggal pun.. muka dah lah tak hensem langsung, berkerak... acah2 jatuh miskin konon, padahal mesti ada park duit kat mana-mana tu..yang si bodoh-bodoh ni pun percaya je.. pastu cari betina buat kongkek... anak dah 10 orang kan.. feeling2 jejaka pengantin baru lagi.. sumpah jijikkk
Quote zeetot 6-8-2026 09:08 AM
last2 exbini kena hempas pulas cari duit. ex laki kawin baru
Quote asfaz 6-8-2026 09:56 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Dbsu3PwhWcr/?igsh=MTA1cDI0bXVmd3Y4ZA==[/ig]


Good luck wife baru..jadi bank bergerak
Quote kelip2_07 7-8-2026 05:45 PM
aku xphm mcm mane bured blh kata ade rujuk sdgkn adira xtau..nk kata utk kes nie jer xjgk..kt fb ade baca komen pengalaman masing2..rujuk tanpa pengetahuan..klu btl bkn ke sepatutnye bl terima permohonan atau fail rujuk tu kena call @ ade srt menyatakan rujuk dgn pasangan berkenaan?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.033035 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top