CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sesak nafas dan muntah, bekas pemain dram Ekamatra dikejarkan ke hospital

29-7-2026 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 375| Komen: 2

 



"Suami mengalami sesak nafas sebelum muntah-muntah dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang pada Isnin lalu," kata Samhanim Noordin, isteri kepada Acid, bekas pemain dram kumpulan Ekamatra.

Hanim berkata demikian sebagai mengulas kesihatan terkini suaminya yang kembali berdepan ujian kesihatan.

Acid atau nama sebenarnya, Rashib Ibrahim, 60, sebelum ini pernah menghidap kanser tisu sarcoma dan menjalani pembedahan pada November 2018.

Menurut Hanim, penyakit kanser suaminya semakin beransur pulih, tetapi kini dia menghidap diabetes serius kerana bacaannya sekitar 20 hingga 22 mmol/L.

"Doktor sudah buat pemeriksaan paru-paru, darah dan buah pinggang, Alhamdulillah tak ada masalah, cuma masalah diabetes saja yang menganggu tubuhnya. 

"Pada masa sama, doktor juga dapati asid dalam badan dia pun tinggi. Suami pun alami sakit kaki kiri yang kuat. Dua hari dia ditempatkan di zon merah dan hanya tengah malam tadi baru masuk wad," katanya.

Menurutnya, perkara yang merisaukan suaminya ialah tidak dapat mencari pendapatan kerana hanya bergantung pada aktiviti busking di beberapa lokasi.

"Sudah tiga minggu dia berehat kerana masalah kesihatan ini. Dia busking dekat Rumah Atok, Sentul dan Salai Master, Damansara. Tapi bila sakit, dah dua minggu dia tak busking di sana.

"Bila tak bekerja, banyak benda yang kami sangkut seperti sewa rumah. Tadi pun saya ada telefon Zakat nak cuba mohon untuk asnaf. Nak bayar sewa rumah apa semua.

"Nak harap anak-anak pula, memang ada yang bekerja, tapi dua orang itu sedang cari kerja baru sebab syarikat mereka bekerja nak tutup, manakala anak sulun pula dah kahwin dan ada keluarga," katanya.

Hanim berkata, situasi ini membuatkan suaminya tertekan sehingga menangis kerana tiada sumber pendapatan tetap.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 164221316823 atas nama Rashib Ibrahim.

Pasangan ini tinggal bersama empat anak, manakala anak sulung yang sudah berkahwin kini tinggal berasingan. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 29-7-2026 06:24 PM
Syafakallah.... semoga diberi kesembuhan
Quote downiey 2-8-2026 04:22 AM
semoga diberi kesembuhan dan dpermudahkn urusan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.031062 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top