CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu perjalanan tren kargo ECRL boleh ganti 79 lori - Timbalan Menteri Pengangkutan

22-7-2026 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0

 



KUALA LUMPUR – Satu perjalanan tren kargo Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menggantikan kira-kira 79 lori, dengan mengambil kira kapasiti maksimum sebuah lori sebanyak 40 tan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, dalam satu perjalanan pula, sebuah tren kargo ECRL terdiri daripada sehingga 45 gerabak mampu membawa muatan kira-kira 3,150 tan.

Menurutnya, tren kargo ECRL membantu mengurangkan kesesakan jalan raya, pelepasan karbon dan risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat

“Melalui peralihan sebahagian pergerakan kargo daripada jalan raya kepada rel atau road-to-rail, perkhidmatan ECRL berpotensi membantu mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan berat seperti lori di lebuh raya utama, termasuk laluan yang menghubungkan Pantai Timur dan Lembah Klang.

“Perkara ini secara tidak langsung boleh menyumbang kepada pengurangan kesesakan, risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat, kerosakan jalan, serta meningkatkan kelancaran aliran trafik, khususnya di laluan berkepadatan tinggi,” katanya di Dewan Negara semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Norhasmimi Abdul Ghani berhubung sejauh mana penggunaan ECRL bagi pergerakan kargo dapat membantu mengurangkan jumlah kenderaan berat di lebuh raya, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kelancaran aliran trafik.

Hasbi berkata, walau bagaimanapun, tahap sebenar pengurangan kenderaan berat di lebuh raya akan bergantung kepada beberapa faktor.

“Ini termasuk kadar penggunaan perkhidmatan kargo ECRL oleh pemain industri, integrasi dengan pelabuhan dan hab logistik, struktur tarif yang kompetitif, serta kesediaan rangkaian sambungan penghantaran batuan pertama dan terakhir,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.025907 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top