CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Rohingya sekali lagi didakwa seludup migran Myanmar

22-7-2026 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 461| Komen: 22

 



KEMAMAN – Seorang lelaki etnik Rohingya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup migran warga Myanmar bersama seorang tertuduh warga Thailand pada tiga bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohamad Ismail Mohamad Siddik, 32, yang merupakan etnik Rohingya dan warga Thailand, Muhammadtaofit, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa menyeludup tiga migran yang merupakan lelaki warga Myanmar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kedua-dua tertuduh di Kilometer 255.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) hala Kuala Lumpur berhampiran Perasing di sini pada 11.30 pagi, 24 April lalu.

Mohamad Ismail dan Muhammadtaofit
didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Wan Suhaila tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim, manakala kedua-dua tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Kosmo! Online 14 Julai lalu melaporkan Mohamad Ismail dan Noor Effendy Yusoh@Zakaria, 41, yang merupakan warga tempatan dituduh seorang migran warga Myanmar juga di LPT 2 pada tiga bulan lalu. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 22-7-2026 06:29 PM
Apa la nk jadi malaysia ni... dengan lambakan pati, jenayah pati...... aritu g makan kt rembau.. kedai masakan tomyam... skali g bilik air kt belakang tukang masak org bangla/india..haha.. makan je la
Quote silance 22-7-2026 07:21 PM
The mystery of stupidity
Quote Tehran 22-7-2026 07:37 PM
kerajaan terlibat

tambahan saifuddin tu memang indon pengkhianat
Quote FOTHER-MUCKER 23-7-2026 12:09 AM
Politicians tidak berminat dengan kes seperti ini.

Hukuman terlalu ringan. Pulangan puluhan ribu ringgit jika berjaya kerana itu mereka tidak takut membuat jenayah. Rasa malu dengan undang undang Malaysia.

kes sebelum ini…..

Mahkamah denda 29 pendatang hingga RM10,000

Summarise

7/06/2026 | 5:02 pmKes

Antara 29 PATI yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini
PASIR MAS, 7 Jun – Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk memasuki negara secara haram, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan menyalahgunakan pas.

RINGKASAN BERITA AI
Kesemua tertuduh membuah pengakuan itu dihadapan hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, 13 tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana memasuki dan berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Lapan lagi didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas.

Manakala lima didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Tiga lagi tertuduh didakwa mengikut Seksyen 56(1)(i) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal atau berada di negara ini tanpa pas atau dokumen yang sah.

Daripada jumlah itu, enam wanita warga asing berdepan tiga pertuduhan membabitkan Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Peraturan 39(b).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khaidijah Khairuddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika rayuan, sebahagian tertuduh memohon hukuman diringankan dengan alasan menghadapi kesukaran kewangan selain mempunyai tanggungan keluarga di negara asal masing-masing.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas 13 tertuduh yang didapati bersalah mengikut Seksyen 6(1)(c), atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Lapan tertuduh yang didakwa mengikut Peraturan 39(b) pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Lima tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) dikenakan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Tiga lagi tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 56(1)(i) turut dikenakan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Quote nisako 23-7-2026 10:23 AM
patut hantar balik
Quote FOTHER-MUCKER 23-7-2026 10:25 AM


[youtube]OShEw-Kd5k8[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=OShEw-Kd5k8&t=331s&pp=2AHLApACAQ%3D%3D&ra=m
Quote silance 23-7-2026 06:06 PM
https://www.bharian.com.my/berit ... ara-daftar-pelarian


Berambus foreveh.
Quote Blu3butter 23-7-2026 07:19 PM
Bg je hukuman sebat kat pulak ni sekurang2nya 10 kali sorg pastu denda paling maksimum 100k baru berbaloi
Quote silance 23-7-2026 10:23 PM
Celaka sial babi


[youtube]5Kwn4Cr2yLo[/youtube]




Quote FOTHER-MUCKER 24-7-2026 12:56 AM
Adakah ini benar?

" AKHIRNYA, Saat - saat Yang di Tunggu Bakal Tiba..

   KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan SEMENTARA semua pendaftaran pelarian bagi membolehkan penyusunan semula sistem pengurusan menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

    Timbalan Menteri Luar Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata keputusan Kabinet itu bagi memastikan pengurusan dan pendaftaran pelarian di negara ini dilaksanakan secara lebih teratur di bawah kawal selia kerajaan.

   Kita telah melalui keputusan Kabinet, mengarahkan UNHCR menghentikan sebarang pendaftaran pelarian buat masa ini kerana kita sedang menyusun semula pelaksanaan program DPP.

     “Melalui DPP, kerajaan dapat mengurus data dengan lebih tersusun termasuk bagi tujuan penyelarasan data, pengesahan identiti, pemantauan dan kawal selia tanpa bergantung kepada rekod mana-mana entiti asing,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail di Dewan Negara hari ini.

    Hussin meminta penjelasan mengenai langkah penyelesaian kerajaan terhadap isu pelarian Rohingya yang tidak mempunyai sebarang dokumen identiti mahupun kerakyatan yang diiktiraf negara asal mereka, Myanmar.

    Lukanisman berkata pendaftaran di bawah DPP akan dilaksanakan menerusi proses yang ketat dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan bagi memastikan hanya individu yang layak didaftarkan selain bertujuan menghalang kemasukan pendatang tanpa izin pada masa depan.

    Beliau berkata Malaysia turut meneruskan pendekatan multilateral kepada Myanmar dan negara anggota ASEAN supaya menangani isu pelarian Rohingya secara lebih serius.

    Langkah itu penting bagi mengelakkan Malaysia terus MENANGGUNG BEBAN  pengurusan pelarian memandangkan negara ini bukan penandatangan Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 selain mengambil kira kesan terhadap masyarakat tempatan.

    Sementara itu, Lukanisman berkata kira-kira 5,000 warga Myanmar yang kini berada di depot tahanan imigresen akan dihantar pulang susulan kesediaan kerajaan negara itu menerima mereka kembali, dengan menggunakan kapal tentera laut, tertakluk kepada proses penyelesaian.

. ***PERlukah kita Bersorak GEmbira dengan Kenyataan ini,!

- Yang Rakyat Mahukan, bukan penghentian 'SEMENTARA' semata-mata, KAMI perlukan PENGHENTIAN TOTAL.

-Yang kami Impikan setiap saat, Agar Tanah Ini BEBAS dari Pelarian Rohingya maupun apa jua jenis pelarian yang ada sekarang ini,

#RohingyaCrisis #rohingyarefugees #MalaysiaMadani #malaysia #isusemasa #terkiniviral

Quote FOTHER-MUCKER 24-7-2026 08:36 AM



[youtube]nDc3RlsZG1Q[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=nDc3RlsZG1Q&t=214s&ra=m
Quote Paiya 24-7-2026 10:50 AM
bangsa kesayangan seorang forumer yang anti vaxx..
Quote Zazama 24-7-2026 10:07 PM
Ada nampak ke malaysian serius cuba tangani isu ini. Skrg dh berlambak2 dh mereka ni. Usahkan puak R, yg lain2 pun sama. Bila dh berlambak, ditangkap, nak sumbat mana diorg ni?
Quote Minami2013 24-7-2026 11:48 PM
Ini yg bawah2 je agaknya.. tukang bawak. Yang tukang rancang, tukang urus nego suap sana sini dah selamat cover. #donespeku
Quote vender 25-7-2026 07:29 AM
Kenapa nak bawak mahkamah lagi?  Hantar balik atau tembak mati je lah.  Skrg ni bawak masuk manusia,  tak mustahil tahun depan dia bawak dadah pula.  
Quote vender 25-7-2026 07:32 AM
Minami2013 replied at 24-7-2026 11:48 PM
Ini yg bawah2 je agaknya.. tukang bawak. Yang tukang rancang, tukang urus nego suap sana sini dah se ...

Mmg mcm tu pun..semua dapat 25 percent sbg tuan penasihat.  
Yg aku pelik depa yg bawak masuk ni takde ke rasa rimas dgn diorg?  Anak cucu ko jugak yg akan bergelumang dgn pendatang haram nanti.  
Quote Minami2013 25-7-2026 09:20 AM
vender replied at 24-7-2026 11:32 PM
Mmg mcm tu pun..semua dapat 25 percent sbg tuan penasihat.  
Yg aku pelik depa yg bawak masuk ni t ...

Kalau org malaysia sbb duit chuols...yang atur ni termasuk rohingya. Arakan Army ni bukan je dadah. Segala jenayah buat. Sebab tu coxs bazar tu teruk. Kes HIV tinggi situ lepas tu bawak masuk malaysia. Scary.
Quote vender 25-7-2026 09:50 AM
Minami2013 replied at 25-7-2026 09:20 AM
Kalau org malaysia sbb duit chuols...yang atur ni termasuk rohingya. Arakan Army ni bukan je dadah ...

yup.  maksud iols 25 percent tu utk org malaysia. Aku hairan kenapa ada org malaysia yg bersekongkol dgn pendatang ni sedangkan depa tahu pendatang ni jahat dan ganas boleh effect anak cucu sendiri.

Yg pendatang haram ni sah sah la nak geng diorg ramai kat sini senang nak hidup.  
Quote Minami2013 25-7-2026 10:53 AM
vender replied at 25-7-2026 01:50 AM
yup.  maksud iols 25 percent tu utk org malaysia. Aku hairan kenapa ada org malaysia yg bersekongk ...

Jenis yang tak fikir kesan masa depan. Maybe jugak yg kahwin dgn puak rohingya/bangla ni. Bawak masuk sedara mara.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050832 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top