CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) didakwa rasuah lesen restoran

22-7-2026 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 167| Komen: 4

 



SHAH ALAM – Tiga kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan rasuah memudahkan urusan permohonan lesen dan permit perniagaan sebuah restoran.

Tertuduh iaitu Mohd. Hazri Nordin, 42, Muhammad Fauzan Hasbullah, 36 dan Mohd. Aizuddin Mohd. Yusof, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mohd. Hazri yang bertugas sebagai pembantu tadbir MPS didakwa atas dua pertuduhan memperoleh suapan keseluruhan RM1,200 sebagai dorongan untuk memudahkan urusan permohonan lesen restoran.

Muhammad Fauzan pula berdepan satu pertuduhan memperoleh suapan RM1,000 bagi mengesyorkan seorang arkitek dalam proses permohonan permit tahunan sementara milik seorang individu.

Kedua-duanya didakwa menerima wang berkenaan melalui akaun bank masing-masing daripada seorang lelaki berusia 41 tahun.

Dalam pada itu, Mohd. Aizuddin dituduh menerima wang tunai bernilai RM1,350 menerusi akaun bank miliknya daripada seorang pemilik syarikat yang diketahuinya mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di MPS.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, sekiranya disabitkan kesalahan.

Muhammad Fauzan dan Mohd. Aizuddin masing-masing merupakan Penolong Pegawai Seni Bina MPS.

Ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan itu di tiga cawangan bank di Rawang, Shah Alam dan Bandar Baru Selayang antara 20 Januari hingga 13 Julai 2020.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Alimi Mustapha dan Arif Asyraf Mohd. Khairi mencadangkan jaminan antara RM5,000 hingga RM10,000 kepada tiga tertuduh itu.

Peguam Evie Melynda, Zulazrai Zolkapli dan Nurul Aeir S. Muhammad Harvian Kamar memohon jaminan rendah ekoran ketiga-tiga tertuduh kini digantung tugas.

Mahkamah menetapkan jaminan RM9,000 kepada Mohd. Hazri selain RM10,000 untuk Muhammad Fauzan dan RM4,500 bagi Mohd. Aizuddin dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan 24 hingga 25 September bermula Mohd. Hazri diikuti Muhammad Fauzan dan Mohd. Aizuddin. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 23-7-2026 12:21 AM
cina dok bentang meja atas jalan raya malam-malam tu ntah berapa banyak la rasuahnya
Quote nisako 23-7-2026 10:21 AM
hmmmmmmmm
Quote prettyuglybabe 23-7-2026 01:43 PM
selayang jaya nun, rumah pun boleh convert jadi kedai or restoran..
Quote Zazama 24-7-2026 10:11 PM
Alahai. Kenapalah buta hati sgt? Tgn yg menerima rasuah, bawa balik hasil ke rumah, bg makan anak bini?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.073949 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top