CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRN N. Sembilan: Lelaki disyaki bakar bendera PH ditahan

21-7-2026 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0

 



SEREMBAN – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merosakkan bendera Pakatan Harapan (PH) di sekitar Kuala Klawang, Jelebu, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, tangkapan dibuat susulan laporan mengenai bendera parti berkenaan yang dirosakkan di tepi jalan bermula dari Jambatan Mengkan, Kuala Klawang hingga ke Pejabat Kesihatan Jelebu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

“Dalam kejadian berasingan di Jempol, polis menerima gambar dan rakaman video memaparkan bahan kempen PH dibakar serta dikoyakkan di Simpang Tiga Jalan Palong 9, 10 dan 11, Gemas.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api sehingga menyebabkan kerugian harta benda,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak empat laporan polis diterima sepanjang semalam dengan dua kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya.

“Secara keseluruhan, tujuh laporan polis telah diterima dan empat kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh 18 hingga 20 Julai lalu,” katanya.

Dalam pada itu, polis turut menerima laporan mengenai bendera PH yang ditemukan di atas tanah berhampiran lampu isyarat Ayer Hitam, Jempol, namun kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

“Satu lagi laporan dibuat di Bahau selepas penganjur dinasihatkan supaya menghentikan aktiviti kempen yang tidak mempunyai permit. Aktiviti tersebut dihentikan dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.034929 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top