CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada anggota polis buat penagih dadah macam ATM bergerak - Ketua Polis Kelantan

21-7-2026 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 256| Komen: 10

 



KOTA BHARU – Segelintir anggota polis di Kelantan dipercayai menjadikan penagih dadah yang ditangkap ketika menjalankan rondaan seperti mesin pengeluaran wang automatik (ATM) apabila bertindak memeras ugut dengan meminta wang daripada golongan tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat anggota polis yang tidak bertanggungjawab bertindak sedemikian sebagai balasan agar penagih dadah tidak dibawa ke lokap.

Katanya, siasatan mendapati, anggota polis itu bertindak dengan memeras ugut golongan tersebut ketika mereka menjalankan tugasan di lapangan.

“Ada saya dapat maklumat, anggota polis membuat penagih dadah seperti ATM bergerak. Mereka pegang penagih dadah dan sekiranya mahu lepas dan tidak diheret ke lokap, perlu membayar sejumlah wang.

“Selain penagih dadah, anggota polis yang tidak bertanggungjawab itu juga menyasarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memeras ugut dan meminta wang bagi melepaskan mereka selepas ditahan,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, sehubungan itu, beliau sudah memberi amaran kepada semua 56 ketua balai di negeri ini agar memantau anggota yang bertugas di lapangan bagi mengelakkan kejadian pemerasan melibatkan suspek yang ditangkap.

Katanya, berdasarkan maklumat awam, ada anggota polis yang dibayar sehingga RM1,000 sebagai balasan untuk tidak menangkap dan membawa penagih dadah ke lokap.

“Kebanyakan ibu bapa di Kelantan ini sayang kepada anak-anak. Jadi, mereka rasuah anggota polis itu agar anak-anak yang terlibat dadah tidak dibawa ke lokap.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana memberi dan menerima rasuah itu satu kesalahan. Apabila ditangkap dan menjalani hukuman, penagih akan menjalani pemulihan sekali gus dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk mengharungi masa depan,” ujarnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang ketua balai polis berpangkat sarjan mejar direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah berjumlah RM500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing.

Perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah yang bermula semalam sehingga Sabtu terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid

Difahamkan, suspek bertugas sebagai ketua balai polis dipercayai menerima rasuah sebanyak RM500 daripada seorang warga asing yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IzzahF 21-7-2026 11:50 AM
lerhhh baru tau ke? g tgk kedai2 makan, restoran2 byk owner warga asing..mesti terselit sekor kedai situ owner polis atau kaum kerabat polis, tukang kutip income. tempat ai ni ada terang2 kot mmg developer/staff/leasing team company tu tau je dorang sengaja sewakan kat warga asing sng memasing nak mengepaw. baik polis, baik pekerja2 company tu sesama mengepaw..kalo bg kat rakyat malaysia..nak paw celah mananya? dengan penyakit yg dorang ada...dengan pengotor

satu lg perati je la bini2 polis menayang kat sosmed bagai. sepesen je mcm acik2 imigreseng
Quote silance 21-7-2026 01:24 PM
https://www.youtube.com/watch?v= ... 8&start_radio=1
Quote B40tastePosh 21-7-2026 02:29 PM
Benda ni macam dah jadi barah, elok disamtet je semua polis tu
Quote swateng1 21-7-2026 02:44 PM
elehhh takkan baru tau. benda ni jadi lama dah
Quote Decaffeinated 21-7-2026 03:10 PM
memanglah dah lama tau, bezanya KP sekarang ni admit ke public means dia amik tanggungjawab nak banteras. Selalu masuk news dia ni.

Quote KamikuP 21-7-2026 03:32 PM
Itu sbb anak2 polis tak menjadi. Ada yg lembam, oku dan retarded.
Quote awanysss 21-7-2026 03:38 PM
dekat pusat aadk pun sama.. sentiasa dapat supply.. cumanya mahal sikit..
pegawai2 yg jual.. malas nak report sbb takde kaitan dgn aku..
semoga yg buat camtu sbb niat nak buat duit, tuhan balas dpt keturunan sampah masyarakat..
Quote awanysss 21-7-2026 03:38 PM
dekat pusat aadk pun sama.. sentiasa dapat supply.. cumanya mahal sikit..
pegawai2 yg jual.. malas nak report sbb takde kaitan dgn aku..
semoga yg buat camtu sbb niat nak buat duit, tuhan balas dpt keturunan sampah masyarakat..
Quote Minami2013 21-7-2026 04:54 PM
Polis dan rasuah berpisah tiada. Sorry to say la, mereka guna kuasa untuk ugut. Hasil duit haram bagi makan anak isteri.
Quote Firenzza 21-7-2026 07:08 PM
Bkn ke aritu nk belanja billion2 psg body-cam? Ke dh kena scam jugak?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.183709 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top