CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kluang, Subang catat suhu tertinggi atas 35 darjah Celsius

18-7-2026 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 102| Komen: 0

 



PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Kluang, Johor merekodkan suhu maksimum tertinggi di negara ini iaitu 35.5 darjah Celsius dalam tempoh 24 jam berakhir semalam.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), bacaan itu diikuti Stesen Meteorologi Subang, Selangor dengan 35.2 darjah Celsius dan Stesen Meteorologi Alor Setar, Kedah sebanyak 34.7 darjah Celsius.

Secara keseluruhan, purata suhu maksimum bagi semua Stesen Utama di seluruh negara direkodkan pada 32.5 darjah Celsius.

Sementara itu, Bintulu, Sarawak mencatat jumlah taburan hujan tertinggi iaitu 116.2 milimeter (mm), diikuti Sibu, Sarawak dengan 47.6 mm.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian dengan mendapatkan maklumat terkini menerusi laman sesawang serta media sosial rasmi jabatan itu.

Orang ramai juga digalakkan mengambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca panas dan berwaspada terhadap kemungkinan hujan lebat serta ribut petir di kawasan yang terlibat.- KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.035417 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top