CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan tidak campur tangan pelantikan pengurusan syarikat pelabuhan - Anthony Loke

17-7-2026 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 102| Komen: 0

 



PUTRAJAYA: Kerajaan tidak campur tangan dalam pelantikan pengurusan syarikat yang mengendalikan pelabuhan termasuk yang membabitkan warga asing selagi pegangan saham majoriti syarikat terlibat kekal dimiliki rakyat Malaysia. 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dasar kerajaan menetapkan syarikat yang memegang konsesi atau aset strategik seperti pelabuhan perlu dimiliki majoriti rakyat Malaysia dengan pegangan saham sekurang-kurangnya 51 peratus.

“Setakat yang melibatkan kerajaan, kita hanya kawal selia dari segi pegangan saham. Pegangan saham itu mesti bagi syarikat yang mengendalikan konsesi dan aset strategik negara termasuk pelabuhan.

“Majoritinya dimiliki rakyat Malaysia iaitu 51 peratus. Ini dasar kita,” katanya pada sidang media di sini hari ini.  

Anthony berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media antarabangsa mengenai pelantikan bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DP World Sultan Ahmed Sulayem sebagai Pengerusi Eksekutif MMC Ports Holdings Bhd sekali gus mengambil alih tanggungjawab kepimpinan syarikat pengendali pelabuhan itu.

Laporan itu menyatakan Sultan Ahmed mengambil alih kepimpinan MMC Port Holdings Bhd apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Azman Shah Mohd Yusof meletakkan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Anthony berkata pelantikan pengurusan syarikat ialah keputusan dalaman syarikat dan tidak memerlukan kelulusan kerajaan.

“Malah terdapat pelabuhan di negara ini yang diterajui ketua pegawai eksekutif warga asing seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Dari segi pengurusan, kerajaan tidak mencampuri urusan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Anthony berkata sebarang perubahan pegangan saham syarikat perlu dimaklumkan kepada kerajaan termasuk melalui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Berhubung dakwaan berlaku perubahan pemilikan saham kumpulan pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia itu, Anthony berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang notifikasi daripada syarikat atau pemegang konsesi.

-- BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.028748 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top