CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bangladesh berstatus MyPR ditahan jadi pembekal, urus pekerja asing tidak sah

17-7-2026 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 274| Komen: 10

 



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh berstatus permastautin tetap (MyPR) yang mengurus dan membekalkan pekerja asing tanpa kebenaran serta kelulusan yang sah dengan berselindung di sebalik premis perniagaan ditahan, Rabu lalu.

Operasi bermula jam 12.20 tengah hari itu dijalankan di dua lokasi sekitar Semenyih, Selangor melibatkan premis perniagaan dan makanan oleh pasukan dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan dilakukan hasil risikan selama sebulan dan berjaya menahan suspek yang disyaki sebagai pemilik syarikat serta majikan.

“Pasukan turut menahan empat lelaki warga Bangladesh, seorang wanita warga Bangladesh dan seorang wanita perempuan warga Thailand yang kesemua tangkapan berusia antara 27 hingga 57 tahun dengan jumlah keseluruhan ditahan adalah tujuh orang.

“Semakan awal mendapati, majikan warga Bangladesh yang ditahan memiliki MyPR, seorang lelaki warga Bangladesh memiliki Pas Pelajar, seorang wanita warga Thailand memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (pekerja restoran).

“Manakala warga asing yang lain tidak memiliki sebarang Pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pasukan operasi turut menyita 31 naskhah pasport Bangladesh, satu naskhah pasport Thailand, salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan wang tunai berjumlah RM48,524.

“Modus operandi suspek adalah menguruskan dan membekalkan pekerja asing tanpa kebenaran serta kelulusan yang sah malah menyasarkan majikan warga tempatan khususnya di Lembah Klang yang memerlukan tenaga kerja warga asing.

“Kegiatan ini berselindung disebalik premis perniagaan dan premis makanan malah suspek akan mengenakan bayaran bagi menguruskan dan memperbaharui Pas iaitu RM4,000 bagi setiap seorang,” jelasnya. 

Susulan itu katanya, suspek utama akan disiasat di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Tangkapan lain akan disiasat mengikut  Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan mereka telah dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. 

“Seorang lelaki dan tiga wanita warga tempatan serta seorang lelaki warga Bangladesh telah diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tegas beliau, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara. 

Sumber – MalaysiaGazette 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 17-7-2026 04:37 PM
Yang penting berugama Islam.
Quote honeybee1802 17-7-2026 07:44 PM
Mcm senang plak ye proses nak jadi warganegara skang... yg kes kt kedah ke mana tu.. yg dia unofficial kawin rohingya ada anak2 dpt pitis jkm rm1000 tu anak2nya seme taraf warganegara la ek?
Quote silance 17-7-2026 10:14 PM
BODOH!!!
Quote FOTHER-MUCKER 18-7-2026 01:20 AM


Malaysian homeless di Germany dah 25 tahun. Minit ke 19

[youtube]FkTJNZOLeNQ[/youtube]

https://m.youtube.com/watch?v=FkTJNZOLeNQ&t=1263s&ra=m



Quote pinkpunk 27-7-2026 11:47 AM
bangla pun ada 48k cash... ko hadooo?
Quote airfilterkotor 27-7-2026 12:43 PM
Gomen tolong tegas. Batalkan MyPR dia buleh tak? Sah-sah kesalahan dia tu menggugat keselamatan negara.
Quote shamsadis 27-7-2026 03:09 PM
hantar pulang, banned dari terus masuk ke Malaysia. Banned terus.
Quote silance 27-7-2026 06:03 PM
“Modus operandi suspek adalah menguruskan dan membekalkan pekerja asing....

https://www.msn.com/en-my/news/o ... b56ff2a12a&ei=7

They are looking for new land. Their land has been swallowed by the flood lah. Beware you all.
Quote Zazama 27-7-2026 10:53 PM
Itu baru seorg. 'Berorang-orang' lagi ada kt malaysia ni. ????
Quote Tehran 27-7-2026 11:03 PM
ahli politik memang perosak negara

saifuddin nasution tu terang-terang pengkhianat negara

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.038395 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top