CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Terima kasih UMNO atas tindakan berani' - Tuan Ibrahim Tuan Man

17-7-2026 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 317| Komen: 5

 



Seremban: Tindakan UMNO yang menarik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri disifatkan satu tindakan berani yang membuka ruang kepada rakyat untuk memilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Justeru Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO atas tindakan itu.

"Saya nak ucap terima kasih kepada UMNO kerana mengisytiharkan tarik sokongan di Negeri Sembilan menyebabkan rakyat boleh memilih pada pilihan raya kali ini.

"Tindakan ini satu tindakan berani kerana sudah bosan dengan tindakan PH (Pakatan Harapan) mentadbir mengurus Negeri Sembilan," katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon PN PRN Negeri Sembilan, di sini malam ini.

Beliau berkata, tindakan itu juga bakal menyaksikan gelombang hijau akan merebak di Negeri Sembilan bermula pada PRN kali ini.

Beliau berkata, tindakan DAP yang terus memainkan naratif 'gelombang hijau' bagi menakut-nakutkan pengundi Cina sepanjang kempen pilihan raya akhirnya memakan diri sendiri

Menurutnya, strategi berkenaan digunakan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini, namun mendakwa ia tidak berjaya mempengaruhi pengundi.

"Kita tahu bagaimana DAP cuba menakut-nakutkan pengundi Cina khususnya dengan gambaran 'Green Wave' atau gelombang hijau yang dikatakan mengancam kestabilan dan keharmonian.

"Sejarah membuktikan, semakin kuat mereka menakut-nakutkan pengundi Cina, semakin kuat mereka ditolak oleh pengundi itu," katanya.

Katanya, DAP kehilangan sokongan di Sabah dan Johor, malah yakin parti itu akan turut kehilangan sokongan pada PRN Negeri Sembilan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, gabungan PN- BN akan melengkapkan 'puzzle' (teka-teki) kerusi yang tidak ditandingi BN.

"PRN ini sebagai satu mukadimah penting, satu alignment baharu politik Malaysia. BN umum 25 DUN, tapi 'puzzle' itu tidak lengkap dan kita lengkapkannya dengan umumkan calon di 11 DUN," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 17-7-2026 07:33 PM
Esok2 kt terengganu,pahang,negeri2 utara umngok kuat balik..tgk mcm mana ko nak berterima kasih.ditendangnya ko dgn penuh kehinaan.benda dah biasa jadi xkan xtau
Quote manopBKK 18-7-2026 07:34 AM
Asyik menonggeng..menumpang populariti org je kerja korang. Itu pun beragan nak tawan Selangor bagai. Johor pun telor ayam jer...meng kafir kan org, neraka, laknat tu je la modal...
Quote airfilterkotor 18-7-2026 09:55 AM
"Tindakan ini satu tindakan berani kerana sudah bosan dengan tindakan PH (Pakatan Harapan) mentadbir mengurus Negeri Sembilan," katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon PN PRN Negeri Sembilan, di sini malam ini.


Cerminkan diri sendiri tu dulu, baru buleh cakap pasal negeri orang lain.
Quote plywood 18-7-2026 10:58 AM
peliknya pas... tak perlu berterimakasih pun. pilihanraya jawapannya jika berlaku kehilangan sokongan. umno dan pas dua parti politik yang berlainan, berterimakasih kepada lawan dlm pilihanraya adalah pelik... pas tengah usha umno utk suatu pakatankah.. sejak dah rasa memerintah peringkat persektuuan perangai pas sedikit berbeza, agresf lebih sikit
Quote manopBKK 19-7-2026 12:48 AM

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.036858 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top