CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buku pink ada maklumat peribadi, tidak boleh dminta suka hati - Peguam

16-7-2026 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 102| Komen: 0

 



PETALING JAYA – Kakitangan sesebuah premis tidak mempunyai kuasa untuk meminta wanita hamil menunjukkan buku rekod kesihatan ibu mengandung atau ‘buku pink’ semata-mata kerana berasa curiga.

Peguam dan pempengaruh, Aminahtul Mardiah Menerusi satu hantaran di laman TikTok menegaskan, buku rekod tersebut mengandungi pelbagai maklumat peribadi dan kesihatan yang sensitif termasuk nama, nombor kad pengenalan, rekod pemeriksaan kesihatan serta maklumat kandungan yang dilindungi daripada didedahkan sewenang-wenangnya.

“Orang mengandung bentuk dan saiz perutnya berbeza-beza. Jangan sebab kita rasa perut seseorang tidak nampak besar, kita terus mempertikaikan kehamilannya.

“Buku pink ini ibarat pasport untuk wanita hamil. Ia mengandungi maklumat kesihatan yang sangat sensitif dan bukan dokumen yang boleh diminta oleh sesiapa sahaja,” katanya.

Menurutnya, hanya pihak yang mempunyai kuasa di sisi undang-undang seperti polis dalam menjalankan siasatan atau mahkamah melalui proses perundangan tertentu boleh mendapatkan dokumen tersebut.

“Kalau polis menjalankan siasatan, mereka boleh minta dalam kapasiti siasatan. Kalau di mahkamah pula, peguam perlu memohon secara rasmi daripada hospital melalui prosedur yang ditetapkan.

“Bukan sekadar sebab seseorang itu sekuriti atau mengesyaki individu mencuri, terus boleh minta buku pink. Tidak boleh,” katanya.

Tambahnya, hospital sendiri tidak akan mendedahkan rekod perubatan tanpa permohonan rasmi atau kebenaran yang sewajarnya kerana maklumat kesihatan merupakan data peribadi yang dilindungi.

Mengulas tindakan yang boleh diambil sekiranya seseorang dipaksa atau diugut untuk menyerahkan buku pink, Aminahtul berkata, mangsa wajar membuat laporan polis jika wujud unsur ugutan jenayah.

“Kalau ada ugutan terhadap keselamatan atau nyawa, itu sudah melibatkan elemen jenayah. Buat laporan polis dan biar pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya.

Dia turut mengingatkan bahawa sekiranya terdapat syak wasangka berhubung kes kecurian, pihak premis sepatutnya menyerahkan perkara itu kepada polis dan menggunakan rakaman televisyen litar tertutup sebagai bahan siasatan, bukannya memaksa individu menyerahkan dokumen peribadi.

Terdahulu, tular satu kejadian melibatkan seorang wanita hamil yang didakwa diminta menunjukkan buku rekod kehamilan oleh kakitangan sebuah pasar raya selepas kehamilannya dipersoalkan dan dituduh mencuri sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-8-2026 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.025506 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top