CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

45 tahun selepas angkat sumpah, Tun M kongsi asal usul sistem ‘punch card’

16-7-2026 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 227| Komen: 3

 



PETALING JAYA – Hari ini genap 45 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981.

Bersempena tarikh bersejarah tersebut, bekas Perdana Menteri itu mendedahkan antara keputusan awal pentadbirannya adalah memperkenalkan sistem perakam waktu atau ‘punch card’ dalam perkhidmatan awam.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, Dr. Mahathir berkata, sistem perakam waktu yang dilaksanakan adalah bagi meningkatkan disiplin dan ketepatan masa dalam kalangan penjawat awam.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas melihat sendiri terdapat kakitangan yang meninggalkan pejabat lebih awal ketika beliau menjawat jawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (MITI).

“Saya suka berpegang pada masa, suka datang pejabat tepat pada masa, tidak lewat sangat. Saya dapati kalau ada temu janji, orang datang lewat saya berasa kecewa.

“Saya masa itu Menteri MITI. Bila pukul 3 petang, saya bangun hendak tengok keadaan di luar macam mana. Saya tengok ramai orang keluar, jadi saya tanya, kenapa?” katanya.

Dr. Mahathir berkata, kakitangan terbabit memaklumkan mereka pulang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, sedangkan waktu bekerja masih belum tamat.

“Jadi masa belum balik, dia sudah balik. Itu tidak kena langsung. Kita buat kerja sekian jam, kita kena tunaikan janji kita.

“Selepas itu, apabila saya menjadi Perdana Menteri, saya buat keputusan mengadakan perakam waktu masuk dan keluar pejabat dan akhirnya ia menjadi amalan sehingga sekarang,” katanya.

Untuk rekod, sistem perakam waktu diperkenalkan dalam perkhidmatan awam pada awal pentadbiran Dr. Mahathir sebagai sebahagian usaha meningkatkan disiplin, produktiviti dan akauntabiliti penjawat awam.

Melalui sistem tersebut, kakitangan kerajaan perlu merekodkan waktu masuk dan keluar bekerja menggunakan kad perakam waktu bagi membolehkan kehadiran dipantau secara lebih sistematik.

Walaupun sistem berkenaan kini banyak digantikan dengan teknologi biometrik dan rekod kehadiran digital, prinsip ketepatan masa dan pematuhan waktu kerja terus diamalkan dalam sektor awam.

Dalam video yang sama, mengimbau kembali detik lantikannya sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir tidak pernah membayangkan akan memegang jawatan tertinggi negara kerana berasal daripada keluarga biasa dan merupakan anak kepada seorang guru.

“Saya tak ada mimpi nak jadi Perdana Menteri. Anak guru apa ada? Macam Tunku (Tunku Abdul Rahman), dia Tunku daripada kerabat diraja, Tun Razak (Tun Abdul Razak) daripada golongan elit, Tun Hussein keturunan Datuk Onn.

“Orang atas semua, saya duduk di bawah, tiba-tiba naik jadi nombor satu. Saya tak percaya,” katanya.

Menurut beliau, perkara pertama yang bermain dalam fikirannya ketika itu ialah sama ada pelantikan tersebut benar-benar berlaku.

“Apa dalam fikiran saya masa itu, soalannya adakah ini benar? Saya tak percaya adakah ini benar.

“Saya masa itu wakil rakyat, tetapi tidak pernah fikir daripada wakil rakyat boleh jadi Perdana Menteri,” katanya.- KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 16-7-2026 06:25 PM
“Saya tak ada mimpi nak jadi Perdana Menteri. Anak guru apa ada? Macam Tunku (Tunku Abdul Rahman), dia Tunku daripada kerabat diraja, Tun Razak (Tun Abdul Razak) daripada golongan elit, Tun Hussein keturunan Datuk Onn

Sebab tu msia maju masa zaman beliau...dia byk fikir psl rakyat..sbb fhm susah rakyat bawahan...tak mcm pemimpin lain yang rasa dorg entitled contoh so madanon bapok tua...

Lepas tu si ayam acah konon mcm tun m dgn tunang pilak rempit dia si jenab janda garit
Quote stingerkaypoh 16-7-2026 09:38 PM
Edited by stingerkaypoh at 16-7-2026 01:39 PM
L.U.S.M replied at 16-7-2026 10:25 AM
“Saya tak ada mimpi nak jadi Perdana Menteri. Anak guru apa ada? Macam Tunku (Tunku Abdul Rahman),  ...

Ceh...kaki ftnah tersohor cari forum nak perli2 org puelak. Kena cincot lari masuk gua sebulan..

Kahkahkah?

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5409086&extra=&page=1
Quote SisterHong 17-7-2026 08:28 AM

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.027117 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top