CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Network School : Warga Israel dua kerakyatan jika ada di Malaysia akan diusir segera - PM

16-7-2026 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 375| Komen: 15

 
 




KUALA LUMPUR: Kerajaan akan segera mengusir rakyat Israel yang didakwa memiliki dua kewarganegaraan dan menetap di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam nada tegas berkata, Malaysia tidak akan berkompromi dengan keadaan itu, jika dakwaan terbabit terbukti benar.

Beliau juga menegaskan semua agensi berkaitan sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan berkenaan, selain Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

"Semua agensi berkaitan (sedang menyiasat dakwaan ini) dan saya percaya Zambry akan beri jawapan. Kita siasat dan tidak izinkan (rakyat Israel menetap di Malaysia) kerana kita tidak iktiraf (Israel).

"Mereka akan diusir segera (jika terbukti dakwaan terbabit benar). Tetapi (dakwaan) ini semua agensi sudah menjalankan siasatan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas gesaan kerajaan Johor yang meminta pihak berkuasa menyiasat komuniti teknologi di Forest City yang dikenali sebagai 'Network School' susulan ada dakwaan warga Israel dengan dua kerakyatan menetap di kawasan terbabit.

'Network School' ialah komuniti kediaman dan ruang kerja bersama persendirian, dilancarkan pelabur teknologi, Balahi Srinivasan, pada 2024.

Komuniti itu menyasarkan golongan digelar 'techno-optimist' dan mengenakan bayaran bernilai AS$1,500 (RM6,118.50) sebulan bagi penginapan, makanan dan perkhidmatan lain, termasuk akses ke gimnasium.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, meminta Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, polis dan agensi lain memeriksa tahap kerakyatan individu terbabit bagi menentu sama ada mereka menggunakan pasport kedua untuk mendiami di komuniti itu.

Beliau turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Digital memeriksa status 'Network School' yang dikatakan tidak menyediakan perkhidmatan pendidikan atau meletakkan statusnya sebagai institusi pengajian tinggi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blastoff 16-7-2026 11:19 AM
Mcm mana tuuu kerajaan nk check 2 kerakyatan pada SEMUA YG MASUK KE NEGARA?

Yg ditunjuk satu saja kat pintu masuk habih tu what method nk detect satu lagik plak??!
Quote FOTHER-MUCKER 16-7-2026 11:48 AM
Di uk pun ada lebih kurang 10K yahudi yang mempunyai 2 kewarganegaraan.  Ramai memasuki Malaysia menggunakan British pasport untuk bercuti.

Macamana nak tau mereka dual british israeli citizenship?

Quote slavehunter 16-7-2026 12:03 PM
Ko percaya cakap agent yahood ni?

Walanon tegar what say you?
Your beloved PMX selling your sovereignty.
You voted for this.

Quote ninja boy 16-7-2026 12:04 PM
Sedangkan kim jun nam klia pakai identity pasport palsu inikan pula bangla sekor boleh ada 5 passport lain2 nama
Quote slavehunter 16-7-2026 12:07 PM
Actually dia macam berpakat juga dengan yang baru tu dengan anak yang baru. Anak yang baru kan jenis worship foreigners semua foreigners dia nak bagi citizenship sampai ke mexican pun dapat citizenship.
Quote silance 16-7-2026 01:34 PM
Dengan rohingnya pun kena tipu, inikan pula kuncu-kunci mosad. Podah.
Quote prince_marhaen 16-7-2026 02:59 PM
kantoi sebab orang nampak Nas Daily yang dah bertahun kena boikot tu kan? dia pun ada kat FC Johor tu..
Quote kakikuDibibirmu 16-7-2026 03:35 PM
Hari-hari terakhir seekor ketimbang
Quote Firenzza 16-7-2026 08:40 PM
Dia ckp mcm 'menang hari ni..........esok kena kencing'......kes rohingok pun x setel.....siap dpt offer kerja lagi ada la
Quote Decaffeinated 16-7-2026 09:50 PM
Nak halau orang yang masuk secara legit how? Kalau dia masuk as a British citizen ko halau dia macam halau warga Britain lah. Ko tak iktiraf Israel fine, dia bukan masuk sebagai warga Israel. Eh... faham ka tak ni?


Ini belum lagi cerita macam mana nak tau orang tu ada dua tiga citizenship. Kena tanya sekor2 are you a jew?..

Quote terma2nkondisi2 16-7-2026 11:16 PM
Sultan Ahmed bin Sulayem

Head of Dubai-based ports giant quits after Epstein links revealed



The head of global ports operator DP World has left the company after mounting pressure over his links to convicted sex offender Jeffrey Epstein.

https://www.bbc.com/news/articles/ce82xgd2g3yo

---

Tokoh pelabuhan Dubai dilantik ketuai MMC Port



KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat logistik gergasi DP World, Sultan Ahmed Sulayem, mengambil alih kepimpinan MMC Port Holdings Bhd, apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Azman Shah Mohd Yusof, meletakkan jawatan berkenaan berkuat kuasa serta-merta, menurut memo yang dilihat Reuters.

Langkah itu meletakkan kawalan langsung terhadap pengendali pelabuhan terbesar Malaysia itu di bawah Sultan Ahmed yang juga Pengerusi Eksekutif MMC Port.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2026/07/1588583/tokoh-pelabuhan-dubai-dilantik-ketuai-mmc-port

---

Who is UAE billionaire in the Epstein files? - middleeasteye, 13 feb 2026

[youtube]gsspsA9AX70?si=U5302wPLp74cZjku[/youtube]
Quote TomyamPuteh 17-7-2026 10:05 AM
Gobind Singh  Deo di belakang Network School Kata nyeh
Quote FOTHER-MUCKER 17-7-2026 11:47 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-7-2026 07:54 PM
Decaffeinated replied at 16-7-2026 05:50 AM
Nak halau orang yang masuk secara legit how? Kalau dia masuk as a British citizen ko halau dia macam ...

Itulah..Sepatutnya kerajaan Malaysia kena berterus terang dengn golonga b40 ni supaya mereka cerdik sikit dan tidak ditipu dan tertipu selamanya.

Tapi ada warga British yang pergi Israel dan pasport dia di cchop memasuki Israel terpaksa buat pasport baru kerana takut nak masuk Malaysia menggunakan pasport lama.
Quote silance 17-7-2026 01:11 PM
Yeeaahhh, ugut sikit dulu.


https://www.msn.com/en-my/money/ ... 8a1c62c33&ei=20
Quote sayawifenikmie 17-7-2026 01:11 PM
nak usir yg israel sahaja kah?
and biarkan yg lain lain membentuk koloni di situ?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-8-2026 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049275 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top