|
KUALA BERANG: "Walaupun sudah 16 tahun tragedi itu berlaku namun kesakitannya masih tiada noktah dan saya masih menjalani rawatan bagi memulihkan kecederaan pada wajah," kata Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 24.
Nurul Dahyatul adalah mangsa simbahan cuka getah oleh bapanya pada awal pagi 15 Ogos 2010, 16 tahun lalu. Menurutnya, rentetan kejadian itu dia mengalami kecederaan serius pada wajah dan kini melalui proses rawatan termasuk pembedahan dan laser bagi memulihkan parut pada wajahnya. Katanya, dia sudah melalui lima kali pembedahan dan setiap bulan perlu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani rawatan laser bagi melembutkan kulit pada wajahnya. Pembedahan memasukkan tisu paling menyakitkan "Prosedur pembedahan memasukkan tisu dengan cara menebuk bahagian atas dahi paling menyakitkan. "Apabila tisu berada dalam dahi prosedur seterusnya memasukkan ubat bagi membolehkan benjolan terbentuk pada dahi kerana kulit bahagian itu akan diambil untuk proses pembedahan seterusnya," katanya. Nurul Dahyatul berkata, proses pembedahan berlaku selama 10 jam dan bagi membentuk hidungnya doktor juga mengambil tulang rawan sebelah kanan. Menurutnya, pembedahan yang dilakukan itu berikutan rongga pernafasannya semakin sempit dan dia sukar untuk bernafas kerana kulit wajahnya tidak anjal akibat kesan parut terkena cuka getah. Katanya, rawatan berjalan lancar apabila kulit daripada dahi diambil sebelum ditampal pada bahagian hidung manakala kulit yang terbakar pada bahagian itu dibuang.
"Walaupun terpaksa melalui proses rawatan yang panjang dan berkala namun saya bersyukur kerana sudah mampu bernafas dengan baik. "Saya difahamkan, pembedahan seterusnya pada hujung tahun ini iaitu menggantikan atau membentuk tulang hidung yang baharu," katanya. Teresa Kok dan MAIDAM bagi tampung kos Menurutnya, kos rawatan termasuk perbelanjaan mereka ke Kuala Lumpur dibantu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang menghulurkan bantuan untuk pembelian tisu berkenaan. Nurul Dahyatul yang lebih mesra dipanggil Lin berkata, dia dimaklumkan proses rawatan pada wajahnya akan mengambil masa beberapa tahun lagi bagi memulihkan kesihatannya. "Walaupun masih tiada noktah namun saya perlu akur dengan proses rawatan yang panjang bagi menjamin kesihatan berterusan tanpa implikasi samping sekiranya dibiarkan tanpa melakukan sebarang rawatan seperti sebelumnya. "Hospital ibarat rumah kedua saya kerana setiap bulan perlu menjalani rawatan susulan termasuk pembedahan yang dijadualkan lada hujung tahun ini," katanya. Katanya, ayahnya sentiasa menjenguknya kerana mereka tinggal tidak jauh dan dalam masa sama dia tidak berdendam selepas kejadian itu. "Saya anggap kejadian ini ujian buat saya dan dalam kejadian itu ibu, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 44 dan adik, Mohd Irfan Firdaus, 19, turut terkena asid yang disimbah namun kecederaan mereka tidak seteruk saya," katanya. Menurutnya, dia kini hanya membantu ibunya berniaga di warung di hadapan rumahnya sejak beberapa tahun lalu berikutan dia masa masih menjalani rawatan lanjut di HKL. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150041000040457 atas nama Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan. |
KamikuP replied at 16-7-2026 07:24 AM
Pasal apa bapak dia simbah asid? Ada sapa tau?

KamikuP replied at 16-7-2026 03:24 PM
Pasal apa bapak dia simbah asid? Ada sapa tau?
Ujarnya, perkara tidak diingini itu berlaku sekelip mata apabila dia dan adik lelakinya, Mohd Irfan, yang kini berusia 16 tahun, cuba menjenguk untuk melihat keadaan ibu serta bapanya.
“Masa mereka bergaduh, kami ada di dalam bilik tetapi saya dan adik cuba menjenguk. Ayah pegang satu bungkusan plastik yang ada cecair di dalamnya.
“Ibu dan ayah cuba berebut bungkusan tersebut sehingga menyebabkan bungkusan plastik itu pecah dan kami terkena percikan cecair yang sebenarnya asid dicampur dengan minyak enjin,” ujarnya.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-8-2026 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051649 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.