CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parlimen Perancis lulus undang-undang bantuan menamatkan nyawa

16-7-2026 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 148| Komen: 1

 



PARIS: Parlimen Perancis selangkah lebih hampir menyertai kelompok negara yang menjamin hak mendapatkan bantuan menamatkan nyawa bagi individu dewasa yang menghidap penyakit tidak boleh diubati, satu langkah yang diperjuangkan Presiden Emmanuel Macron.

Macron berjanji memperkenalkan undang-undang itu selepas dipilih semula bagi penggal kedua pada 2022, dalam pembaharuan yang dilihat antara reformasi sosial paling penting sejak Perancis membenarkan perkahwinan sejenis pada 2012.

Jika diluluskan pihak berkuasa Perlembagaan tertinggi negara itu, Perancis akan menyertai Belanda, Belgium, Switzerland dan Kanada yang membenarkan bantuan menamatkan nyawa.

"Pada 2022, saya berjanji untuk membuka laluan ini bersama rakyat Perancis. 

Dengan penuh kesungguhan, rendah hati dan menghormati sepenuhnya demokrasi kita, janji itu telah ditunaikan," tulis Macron di platform X.

Undang-undang itu memperuntukkan hak mendapatkan bantuan menamatkan nyawa kepada individu dewasa tertentu yang menghidap penyakit tidak boleh diubati.

Mereka juga perlu berupaya menyatakan hasrat secara 'bebas dan sedar', selain mengalami kesakitan fizikal kronik yang tiada ubat untuk menyembuhkannya.

Kesakitan itu mestilah tidak lagi dapat dirawat atau, pada pandangan pesakit, tidak lagi mampu ditanggung, selain memilih untuk tidak menerima atau menghentikan rawatan.

Seorang doktor bertanggungjawab mengesahkan kelayakan pesakit sebelum satu panel menilai sama ada syarat yang ditetapkan dipenuhi.

Keputusan akhir dibuat oleh doktor, manakala pesakit boleh menarik balik persetujuan pada bila-bila masa.

Pesakit akan mengambil sendiri bahan yang boleh menyebabkan kematian, kecuali bagi mereka yang tidak berupaya berbuat demikian atas faktor fizikal dan memerlukan bantuan petugas kesihatan.

Undang-undang itu sebelum ini diluluskan dengan mudah di Dewan Kebangsaan, namun ditolak Dewan Senat. Kerajaan kemudian membenarkan dewan rendah membuat keputusan muktamad tanpa persetujuan Senat, seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Perdana Menteri, Sebastien Lecornu, meminta Majlis Perlembagaan meneliti undang-undang baharu itu. - AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 16-7-2026 03:16 PM
alang2 dah boring nak hidup tu baik sign derma organ dulu sebelum dimamposkan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-8-2026 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035735 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top