CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nafiz Muaz tak ’buru’ jadi hero saja

15-7-2026 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 503| Komen: 8

 



PELAKON Nafiz Muaz mengakui tidak pernah tamak memburu watak hero, sebaliknya lebih mementingkan aspek kualiti dan keikhlasan dalam lakonannya. 

Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 28, berkata dia tetap bersyukur dan percaya kepada aturan rezeki biarpun dia sedar perjalanan kerjayanya agak perlahan selepas sedekad membina nama.

"Niat awal saya menceburi bidang seni adalah semata-mata untuk berlakon. Saya bukan mahukan watak utama sahaja. Saya tahu nama saya agak lambat untuk naik walaupun sudah 10 tahun bertapak dalam industri.

"Namun, saya percaya pada rezeki dan kejujuran dalam bekerja. Jadi, saya buat sahaja kerja tanpa terlalu berfikir mahu ke sana atau ke sini. 

"Selagi orang masih mempercayai bakat saya, saya akan cuba buat yang terbaik, insya-Allah," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai lambakan pelakon baharu yang terlalu cepat mendapat peluang watak utama berbanding dirinya, Nafiz memilih untuk berlapang dada dan menganggap ia rezeki masing-masing.

Malah, Nafiz terbuka untuk memberikan sokongan dan bimbingan buat bakat-bakat muda ini di set penggambaran.

"Bagi saya, itu rezeki mereka. Siapalah saya untuk mempersoalkan peluang yang orang lain dapat.

"Tugas saya sebagai pelakon adalah untuk memberikan sokongan. Tidak kiralah pelakon itu baharu atau lama, saya akan cuba bantu selagi mereka tidak melanggar disiplin di set penggambaran," ujarnya.

Dalam pada itu, Nafiz turut menepis dakwaan kononnya dia kini kurang menerima tawaran untuk memegang watak utama sehingga terpaksa beralih kepada watak pembantu.

"Tawaran (watak utama) itu ada dan sebenarnya saya ada sahaja buat watak utama untuk stesen televisyen lain. Ketika ini ada dua drama yang saya pegang watak utama.

"Sebab itu saya tidak risau langsung sama ada diberi watak pembantu mahupun hero. Saya okey sahaja untuk buat, asalkan kita gembira dengan apa yang kita lakukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nafiz sedang muncul dalam drama Yes! Captain Zul Aaryan arahan Nizam Zakaria yang  sedang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Selain Nafiz, drama berkenaan turut membariskan pelakon lain seperti Jazmy Juma, Anna Jobling, Natasha Sass dan Daniel Fong.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 15-7-2026 04:31 PM
aku suka dia nie..  mcm2 watak dia bole bawa.. elok la pemikiran mcmtu.. blakon tu kerjaya..jadinya ko ambik watak apa pn ko buat la sehabis baik.. nanti ko akn kekal dlm industri .. moga maju lg dlm bidang nie..
Quote lolipopmanish 15-7-2026 04:36 PM
Ni yg dia belakon cite captain aryan ke apa tah tu

Merepek siauuuu drama tu
Quote sukacactus 15-7-2026 07:10 PM
Eh dia kan yg kawin dgn adik sultanah Ganu
Masih lg ke tidak ni
Quote Kancilkering 15-7-2026 10:58 PM
Mamat ni mata dia lawa
Sekian
Quote piahsemah 16-7-2026 06:36 AM
Kancilkering replied at 15-7-2026 10:58 PM
Mamat ni mata dia lawa
Sekian

Mak dia pun cantik uols
Quote bottompro 16-7-2026 09:03 AM
Nafis, jadila laki meols. Meols jwanjiey kemut keliling hahaha
Quote mrseller 16-7-2026 10:45 AM
Hero drama malaysia penuh muka pakistan dgn muka bangla kah kah kah
Quote selipar_hijau 16-7-2026 11:35 AM
masih berbini ke tu?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037513 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top