|
Impian menjadi seorang pakar bedah otak membawa Ara Aziz melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila melangkah ke universiti pada usia hanya 15 tahun. Anak kepada pengarah terkenal Aziz M. Osman dan Puteri Lily Lokman itu, kini memulakan perjalanan baharu dalam dunia akademik demi merealisasikan cita-citanya dalam bidang perubatan. BERCITA-CITA MENJADI PAKAR BEDAH OTAK, ARA AZIZ MELANGKAH KE UNIVERSITI PADA USIA 15 TAHUN Selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tahun lalu, pemilik nama Puteri Nur Azzahra itu secara rasmi menyambung pengajian peringkat asasi di Manipal University College Malaysia. Ara Aziz kongsi detik bersejarah jejak kaki ke kampus Menerusi perkongsian di media sosial, Ara Aziz meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang memulakan kehidupan sebagai pelajar universiti pada usia yang jauh lebih muda. Menurutnya, detik tersebut menjadi kenangan penuh emosi yang akan sentiasa diingati sepanjang hidup. “Hari penuh emosi (sentimental) yang takkan pernah saya lupakan. Melangkah masuk ke @manipalucmsia sebagai salah seorang pelajar termuda adalah sesuatu yang mengujakan sekali gus merendah diri. “Setiap perjalanan yang hebat bermula dengan satu langkah, dan hari ini, perjalanan saya bermula,” tulisnya. Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah daripada warga maya yang kagum melihat kejayaannya melanjutkan pengajian pada usia yang masih muda.
Cita-cita jadi pakar bedah otak bermula sejak kecil Ketika dihubungi SinarPlus, ibu Ara iaitu Puteri Lily Lokman mengesahkan anaknya kini mengikuti pengajian peringkat asasi sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Menurutnya, Ara memang meminati subjek sains sejak kecil dan sering menyatakan hasrat untuk mendalami bidang neurologi. Bagaimanapun, Puteri Lily menasihatkan anaknya supaya memberi ruang untuk meneroka pelbagai cabang ilmu terlebih dahulu sebelum menentukan pengkhususan yang benar-benar diminati. Lebih menarik, Puteri Lily berkongsi bahawa minat Ara untuk menjadi pakar bedah otak lahir daripada rasa ingin tahunya terhadap cara manusia berfikir. “Apa pun, saya ingin berkongsi sesuatu tentang Ara. Sejak kecil lagi, dia bukanlah seorang yang suka menilai orang lain. “Sekiranya dia melihat tingkah laku seseorang, dia akan bertanya, ‘Bagaimanakah otak orang itu boleh berfikir sedemikian? Apakah yang membuatkan setiap otak manusia berfikir secara berbeza? “Disebabkan itulah dia sememangnya bercita-cita untuk menjadi pakar bedah otak. Katanya, ciptaan ALLAH ini sangat menarik; bentuk otak adalah sama, tetapi bagaimanakah corak pemikiran boleh berbeza-beza?” kongsi Puteri Lily. Pesanan ibu agar terus bangkit mengejar impian Menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-15 pada 31 Ogos nanti, Puteri Lily turut menitipkan pesanan agar Ara tidak mudah berputus asa walau berdepan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Menurutnya, kejayaan bukan bermaksud seseorang tidak pernah gagal, sebaliknya kemampuan untuk terus bangkit setiap kali diuji. Puteri Lily juga berharap anak gadisnya tidak terlalu mengejar kesempurnaan, sebaliknya sentiasa berusaha menjadi versi terbaik dirinya kerana keluarga akan sentiasa memberikan sokongan. Ara merupakan cahaya mata hasil perkahwinan penerbit Puteri Lily Lokman dan bekas suaminya, pengarah terkenal Aziz M. Osman. Ara juga memiliki seorang adik lelaki bernama Putera Muhamad Aryan. Kisah Ara Aziz membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mengejar impian. Dengan semangat, disiplin dan minat mendalam terhadap dunia sains, langkah awalnya ke universiti menjadi permulaan kepada cita-cita besar untuk bergelar pakar bedah otak suatu hari nanti. Sumber: Instagram @araaziz / Sinar Plus / Sirap Limau FT Image: Ara Aziz |
seibei replied at 15-7-2026 01:59 PM
eh aziz m. osman bercerai ke? ingt masih hasben wife.
btw, TAHNIAH ARA!!!


supernaturalee replied at 15-7-2026 06:50 PM
sheldon lagi muda masa masuk U, 11

lasagna replied at 16-7-2026 08:16 AM
hahahahaaha sheldon tu cite series jer..
tak exist pun in real life..


Aribaariba replied at 16-7-2026 04:05 AM
Hebat this Ara Aziz, genius.moga jd bermanfaat pada manusia lain ..
Ada Ara lain versi tua tak beren ...

Aribaariba replied at 16-7-2026 04:05 AM
Hebat this Ara Aziz, genius.moga jd bermanfaat pada manusia lain ..
Ada Ara lain versi tua tak beren ...

)sedangkan dah boleh je kerja elok masuk eduline being a proper educator

seibei replied at 15-7-2026 01:59 PM
eh aziz m. osman bercerai ke? ingt masih hasben wife.
btw, TAHNIAH ARA!!!
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-8-2026 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038391 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.