CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syed Saddiq, Bella Astillah sudah putuskan tarikh nikah namun, dirahsiakan buat masa ini

15-7-2026 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 763| Komen: 10

 


Tarikh pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, iaitu penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sudah diputuskan keluarga, namun, dirahsiakan buat masa ini.

Syed Saddiq berkata, mereka belum sedia mengumumkan tarikh pernikahan kerana mahu perkara itu diketahui keluarga dan kenalan rapat terlebih dahulu. Setakat ini, selain ibu bapa, adik beradiknya dan Bella tahu mengenai tarikh pernikahan itu.

Selain itu, majlis resepsi dijangka diadakan di beberapa lokasi di Sabah dan Johor, bagi meraikan kedua-dua belah keluarga.

Perkara itu diumumkan Syed Saddiq pada program udiosiar, BASScast, yang dikendalikan bersama tunangnya, Bella, malam tadi.
Syed Saddiq berkata, keluarga kedua-dua belah pihak mula membuat persiapan selepas dirinya dibebaskan Mahkamah Persekutuan, Isnin lalu.

"Sebelum ini. kami tidak berani buat sebarang perancangan selagi keputusan mahkamah belum diputuskan.

"Malah, ada stesen televisyen (TV) bertanya bila mereka boleh mulakan an perbincangan, tetapi kami terpaksa tangguhkannya," katanya.

Sementara itu, berkongsi faktor dirinya jatuh hati kepada Bella, Syed Saddiq berkata, tunangnya itu sentiasa berada di sisinya ketika menempuh detik mencabar dalam hidup.

Akui Syed Saddiq, antara kenangan paling sukar dilupakan adalah ketika mereka menjalankan tugasan bersama di Semporna, Sabah.

"Kalau hendak diceritakan satu persatu memang terlalu banyak. Kami pertama kali bertemu di Media Prima Berhad (MPB), tetapi detik paling saya ingat adalah ketika berada di Semporna.

"Ketika itu, kami bekerja bersama. Saya dapat lihat sendiri etika kerja Bella. Dia sangat fokus dan beri sepenuh komitmen terhadap setiap tugasan.

"Sebagai wanita bekerjaya, Bella tidak pernah abaikan tanggungjawab sebagai kakak, ibu dan anak. Walaupun sibuk, dia sentiasa memikirkan cara untuk membantu masyarakat di sana.

"Itulah yang membuatkan saya semakin menghargai dirinya kerana Bella sangat mementingkan keluarga," katanya.

Sementara itu, Bella mengakui cabaran terbesar dalam menjalinhubungan dengan ahli politik ialah membahagikan masa.

Bella berkata, Syed Saddiq lazimnya selesai berurusan di Parlimen pada sebelah petang manakala kebanyakan komitmen seni dirinya, pada waktu malam.

"Masa adalah cabaran paling besar buat kami. Jadual kerja saya memang tidak menentu. Jika menjalani penggambaran drama seram, saya bekerja pada waktu malam. Rakaman lagu juga biasanya diadakan malam.

"Dia pula sibuk dengan urusan Parlimen yang selalunya selesai pada sebelah petang. Jadi, kami sentiasa mencari jalan untuk meluangkan masa bersama," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelbagai fitnah yang sering dilempar terhadapnya, Bella tidak bercadang mengambil tindakan.

Sebaliknya, dia memilih untuk memberi tumpuan kepada keluarga, kerjaya dan menjaga kesihatan mental berbanding melayan perkara negatif.

"Ramai peminat marah dan minta saya ambil tindakan. Tetapi, bagi saya, ia membuang masa. Saya ada anak-anak yang perlu dijaga, kerjaya yang perlu diutamakan dan pelbagai perancangan lain.

"Kalau saya terus memberi perhatian kepada perkara negatif, apa akan jadi kepada diri saya dan kesihatan mental saya? Kita hidup hanya sekali, jadi capailah matlamat hidup masing-masing," katanya.

Bella juga tidak kisah jika ciri fizikalnya menjadi bahan kritikan netizen, namun, berharap keluarga tidak dijadikan sasaran.

"Saya tidak kisah kalau mereka mahu bercakap mengenai saya, tetapi jangan babitkan ibu bapa saya. Kalau saya tidak cantik sekalipun, adakah ia mengganggu kehidupan mereka?

"Ada juga yang mempertikaikan asal-usul saya. Nama saya Dayang. Kalau hendak tahu salasilah keluarga, tanyalah datuk dan nenek saya.

"Saya berketurunan Kadayan Brunei, manakala arwah nenek pula berketurunan Filipina. Saya tidak kisah jika ada yang memanggil saya Pilak atau Palauh. Saya bangga dengan siapa diri saya. Kalau boleh, saya juga bangga menjadi orang Muar.

"Kita hidup hanya sekali. Jadi, buatlah perkara yang membawa kebaikan," katanya.

Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Sebelum ini, Bella mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff Aziz, pada 2016. Pasangan itu bercerai buat kali pertama pada 2019 sebelum kembali rujuk dalam tempoh edah.

Bagaimanapun, mereka bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbalik 15-7-2026 12:02 PM
so nak kena tempah baju ke acaner
Quote KamikuP 15-7-2026 12:46 PM
Haa kat sini ramai acik gelar Bella pilak..
Jemput masuk acik pors semua.. ekeke

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5543585&extra=&page=253
Quote noor2 15-7-2026 01:10 PM
Moga cepat nikah...suka je tgk pasangan ni...
Quote Melanie91 15-7-2026 01:40 PM
07/07 date yg cantik
Quote ninja boy 15-7-2026 01:55 PM
Tiru TM dan H ka
Quote makcun14 15-7-2026 10:14 PM
ye la tu feefeeling berahsia dan eksklusif. nyampah nanti masa nikah harap takde la foto ‘terlelap’ konon terpaling sibuk tak cukup tdo kalah donald trump
Quote SisterHong 16-7-2026 12:12 AM

Quote eyansss 16-7-2026 12:37 AM
tehrannnnnnn…. tengok la wartawan ni menipu…. kan ko kata sadik nak lari ke murika sebab nak kawen dengan pah murika….
Quote prince_marhaen 16-7-2026 08:56 AM
Nanti mesti pakcik Bella yang adik mak dia yang kudut tu terpaling busy update semua benda...silap2 nak jadi paling awal umum tarikh nikah takpun bertunggu kat mesin printing kad kahwin.. hahahahahahaha.. aku takleh brain dia beriya letak nama 'Astillah' kat profile sendiri...rupanya adik ipar (bapak Bella) je pun...   
Contoh nyata tabiat buruk orang Sabah suka mengendeng sedara-mara duduk semenanjung...sampai nak duduk berkampung sekali (bukan semua, yang selalu dengar kat threads orang sabah spill tabiat buruk ni)
Quote Kuin-Kepam 16-7-2026 10:21 AM
Makin meroyan la haters kerepot kt benang berpagar tiang kayu jamban penuh dgn acik2 mentaliti setara maid konoha itew .....






Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-8-2026 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.066869 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top