CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Anak-Anak Saya Sangat Bertuah, Datuk Tiri Sanggup Galas Tanggungjawab” - Shila Amzah

15-7-2026 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 756| Komen: 4

 



Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur di atas kehadiran bapa tirinya, Brigadier Jeneral Zainal Abidin yang juga disifatkan datuk terbaik buat dua anaknya.

Memetik Harian Metro, Shila berkata ibunya iaitu Fauziah Sarman disifatkan seorang yang hebat dan bapa tirinya melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga mereka.

“Mak saya hebat dan ayah tiri pula sangat menakjubkan, itu sahaja apa yang saya boleh katakan. Buat masa ini, mereka adalah satu-satunya susuk datuk nenek untuk anak-anak, Seth dan Rhea,” katanya.

Sementara itu, Shila berkata anak-anaknya beruntung mempunyai nenek dan datuk yang penyayang. Malah, ibu dan bapa tirinya juga turut menjadi ibu bapa Ubai.

“Anak-anak saya sangat bertuah memiliki datuk tiri yang sanggup menggalas tanggungjawab itu (sebagai datuk). Malah, kediaman mereka cuma 10 minit sahaja daripada rumah kami.

“Mak dan bapa tiri saya sedang menjadi ibu bapa untuk saya serta Ubai, memandangkan dia pun sudah tiada mak. Jadi, sekarang ini kami sedang mencipta rumah yang kami mahu pulang, begitulah,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 15-7-2026 10:23 AM
Lawanya mak dia, manis, lembut... terpelanting jauh muka adik pompuan dia yang biawak tu... dah duduk sendiri ke biawak tu? ke masih menyibuk duduk ngan mak & pak tiri?
Quote noor2 15-7-2026 01:11 PM
Mak dia mmg lawa..lembut
Quote seibei 15-7-2026 01:54 PM
suka ayat shila yg "mencipta rumah yg kami mahu pulang"
begitula, bila pasangn baik, keluarga tenteram, rumah kemas, tenang, xmcm tongkang pecah.. bukak pintu rumah, ada senyum. hihi
Quote sukacactus 15-7-2026 02:14 PM
Semoga berbahagia
Suka lagu baru yg intro dia “Ayah…”
Betul2 melepas perasaan terhadap ayahnya yg xberapa ayah itu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-8-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.106159 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top