|
SEBAGAI seorang pelakon baharu, Imranul Effendy tidak dapat lari daripada kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan kualiti lakonannya dalam drama.
Berlapang dada menerima komen, Imranul, 27, juga menganggap ia sebagai satu pengajaran untuk dia terus memperbaiki diri ketika menerima tawaran watak berbeza. "Saya akan baca komen, namun tidak terlalu berfikir tentang perkara itu. Bukan semua komen itu akan berlarutan. Saya tak anggap komen-komen itu boleh rosakkan emosi dan ganggu prestasi kerja. "Saya ambil setiap komen dan kecaman sebagai pemberi semangat. Mata orang berbeza, mungkin ada perkara yang saya tak nampak. Jadi ia menjadi rujukan buat saya memperbaiki mutu lakonan," katanya. Imranul ditemui ketika majlis pelancaran drama vertikal terbaharu lakonannya berjudul BRU: Masin & Manis. Serius untuk terus berlakon, Imranul juga mengambil inisiatif mengikuti kelas bersama aktor Zul Huzaimy selain menonton semula lakonannya dalam drama sebelum ini. "Mestilah saya akan tonton drama sendiri. Kalau tak tonton, bagaimana untuk perbaiki lakonan? "Saya juga ada ambil kelas lakonan. Selain itu, saya akan bertanya pandangan orang sekeliling," jelasnya.
Bercakap tentang drama BRU: Masin & Manis, Imranul memegang watak Mohsin iaitu seorang barista yang juga berdepan masalah kebimbangan. Demi mendalami watak tersebut, Imranul mendekati seorang kenalan yang mengalami masalah seperti itu untuk dijadikan rujukan. "Saya lihat kawan saya itu, perhati apa yang dia fikir dan tengok apa yang boleh menyebabkan dia diserang anxiety (kebimbangan). Saya tak pernah alami masalah itu, jadi saya belajar daripada pengalaman orang lain," kongsinya. Drama 45 episod berdurasi dua hingga tiga minit ini mula ditayangkan pada 22 Julai 2026 di aplikasi Tonton. |
chandrahusin replied at 15-7-2026 11:34 AM
sblum ada yg tya whoareyus
meh bgtau
dia ni yg dlm VC lagu raya Aisha Retno tu
chandrahusin replied at 15-7-2026 11:34 AM
sblum ada yg tya whoareyus
meh bgtau
dia ni yg dlm VC lagu raya Aisha Retno tu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-8-2026 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.030539 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.