CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MIC tak tagih kerusi Exco, serah pada kebijaksanaan Onn Hafiz - K. Raven Kumar

14-7-2026 11:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 149| Komen: 1

 


JOHOR BAHRU – MIC Johor tidak meletakkan sebarang tuntutan untuk menambah kuota wakil dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor meskipun parti itu berjaya memenangi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Pengerusi MIC Johor, K. Raven Kumar berkata, parti itu menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk menentukan barisan Exco.

Menurut beliau, MIC menghormati sistem dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak akan mendesak atau mencabar sebarang keputusan berhubung pelantikan Exco .

“Kita tidak akan meminta lebih. Apa yang penting, jika ada seorang wakil MIC dilantik sebagai Exco pun sudah memadai kerana keutamaan kami adalah untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Tidak kira siapa antara empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MIC yang dipilih, kami akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Pada PRN Johor Ke-16, Raven mempertahankan kerusi DUN Kemelah, manakala tiga lagi calon MIC yang menang ialah V. Rugendran (Kahang), P. Pannir Selvam (Perling) dan R. Kumaran (Bukit Batu).

Raven yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri berkata, walaupun tiga ADUN MIC yang lain merupakan muka baharu di DUN Johor, mereka mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan masyarakat.

Katanya, pengalaman sebagai ahli majlis serta lebih sedekad berkhidmat di kawasan masing-masing menjadi kelebihan untuk mereka melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mazlan Ali berpandangan pembentukan barisan Exco negeri perlu mengambil kira sumbangan semua parti komponen BN yang membantu kemenangan besar gabungan itu pada PRN kali ini.

Menurut beliau, MCA yang memenangi lapan kerusi dan MIC dengan empat kerusi sewajarnya diberikan representasi dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi mencerminkan semangat perkongsian kuasa dalam BN.

“Peranan parti komponen tidak boleh diketepikan. Menteri Besar perlu mengambil kira sumbangan MCA dan MIC, sekali gus memastikan kedua-dua parti itu turut diwakili dalam barisan Exco ,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 15-7-2026 09:01 AM
Dari zaman Onn Jaafar diorang ni cakap macam tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-8-2026 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.126656 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top