|
Kuala Lumpur: "Kita ada mandat sehingga pilihan raya. (Apabila sampai masanya), kita bertempurlah (bertanding semula). Tiada masalah."
Ini kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) sama ada Perdana Menteri berhasrat membubarkan Parlimen bagi mengembalikan mandat kepada rakyat susulan dakwaan wujud ketidaktentuan ekonomi dan politik. Anwar menegaskan kerajaan mempunyai mandat mentadbir sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Tentang mendengar suara rakyat, kita dengar suara rakyat. Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan. Rakyat juga mahu ekonomi berkembang. Rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa. "Jadi bagilah masa. Kita ada mandat, sampai pilihan raya, bertempurlah pula. Saya tak ada masalah itu. "Saya pun tak mahu terlalu yakin dan saya anggap Hulu Terengganu pun jangan terlalu yakin. Kerana kita, fatawakkal 'alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-8-2026 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.026061 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.